Followers

Wednesday, March 12, 2014

Wed Prep Part 1

Alhamdulillah. Setakat ni dah ada sikit progression pasal preparation untuk wedding nanti. Sikit sikit lama lama jadi bukit. Kihkihkih. Even tak banyak tapi yang penting ada benda jugak yang buat so kira ok la tu. Setakat ni yang dah settle booking photographer. Hahhaha. Ini yang first aku buat. Photographer ni kena booking awal-awal sebab  takot nnt semua kena book maklum lah time aku kawen nanti memang musim orang kawen.

Pasal barang hantaran plak sekarang ni dah start beli. Bulan ni je dah beli dua barang, 1 untuk aku dan 1 untuk dia. Ekceli barang hantaran untuk dia bagi aku kebanyakkannya dah ada. Barang hantaran untuk aku bagi dia ni banyak lagi tak beli. Adik aku yang kat Johor nak sponsor 2 dulang, bestfriends aku plak nak sponsor 1 dulang. Alhamdulillah, ringan beban aku sikit. Dan sorang lagi bestfriend aku nak sponsor bunga pahar. Dia nak DIY bunga pahar tu. Dah jimat dah bab bunga pahar tu. Alhamdulillah.

Sekarang ni aku tengah mencari kad kawen yang murah-murah. Dah aim dah satu kedai online ni tapi bila aku tanya macam-macam dia macam tak nak layan plak. Ok fine, kalau taknak layan aku boleh tempah kat kedai lain je. Huhu..

Dan sebenarnya, agak banyak lagi benda yang perlu disetlekan. Aku rasa macam nak je terbang balik kampung pi booking mak andam and baju bersanding plak. Susah weh kalo dok jauh cenggini. Tak puas nak tengok online. Nak jugak pi butik and pegang sendiri baju-baju yang ada. Kena sabar, bulan 5 ni insyaAllah balik kampung.

Dan pasal pelamin plak, aku dah lupa nak pikir. Hahaha. Kalut dok buat benda lain, lupa plak yang ni. Memang plan nak buat sendiri tapi dalam masa yang sama nak kena tinjau kot2 dapat yang murah dan bersesuaian  sebabnya aku nak kena bandingkan kos untuk DIY pelamin dengan upah orang buat. Yela, kalo DIY ni pun memang kena sewa jugak certain barang tu. So, yang ni KIV sampai bulan 5 ni. Kena pi terjah and slow talk dengan owner butik yang ada kat hometown tu.

Harap dipermudahkan segala urusan ni. Amin.

p/s: belum ada perkembangan pasal MH370. Jom sama-sama kita doakan agar usaha untuk cari pesawat ni di permudahkanNya.


No comments: