Followers

Friday, March 29, 2013

Random






~"You don’t have to be perfect to let somebody love you. Remember, being yourself is the best way to make somebody fall in love with you. "~ ♥





Treenea Kepala Batas




"Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat-sifat anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-parasitsemulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit"
-Dr. John J. Kabara, Professor Emeritus, Michigan State University and Consultant to Private Industries, Universities and Government Agencies, Galena, Illinois, USA.

Virgin Coconut Oil Antioxidants (VCO-A)
ramai yang dah tahu pasal produk ni kan..ye la. benda yang boleh berikan manfaat pada kesihatan mesti lah cepat je tersebar keberkesanannya..okey, aku sebenarnya nak promote VCO-A yang dikeluarkan oleh Treenea...seperti yang kita sedia maklum banyak manfaat yang diperoleh dengan pengambilan VCO-A ni..serba sedikit pasal VCO-A Treenea untuk yang belum tahu sangat ye...kalau yang dah tahu tu, korang baca je...=p

Minyak Kelapa Dara (VCO) yang diperolehi dari Treenea mempunyai banyak khasiat dan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia kerana ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dibandingkan dengan minyak kelapa dara lain. Ia dihasilkan dari proses yang tidak menggunakan haba dan formulanya yang telah dikaji secara teliti dan terperinci menggunakan 100% pati kelapa dara organik yang bebas dari kolesterol.

VCOAntioxidants kaya dengan Vitamin E (a-tocopherol), Vitamin A (retinol) dan vitamin D (cholecaciferol) yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Vitamin A dan E juga dipercayai boleh bertindak sebagai ejen antioksidan yang mempunyai kebolehan memerangkap radikal bebas dan kajian penyelidikan menunjukkan ia berkebolehan mencegah penyakit kanser serta penyakit berkaitan jantung.

Mengapa Makanan Yang Kaya Antioksidan Perlu ?

Tubuh badan kita sentiasa terdedah pada radikal bebas yang terhasil daripada toksin-toksin alam sekitar seperti asap kilang, asap kenderaan, asap rokok, sinaran ultra violet (UV) dan pencemaran bahan-bahan makanan. VCOAntioxidants adalah kaya dengan sifat-sifat antioksidan yang berpotensi melindungi sel-sel pada tubuh badan manusia dari serangan radikal bebas. Oleh yang demikian sel-sel badan akan menjadi lebih sihat dan tekstur kulit akan menjadi lebih halus dan seragam.

Penyelidikan oleh para saintis mendapati, minyak kelapa dara terdiri daripada 90% lemak tepu yang kebanyakkan daripadanya adalah trigliserida berantai sederhana (MCT). Ujian klinikal telah membuktikan MCT adalah merupakan ejen pembekal tenaga segera. MCT tidak disimpan sebagai lemak dalam badan sebaliknya ia akan disalutkan kepada hati untuk membekal tenaga segera. Asid lemak ini kemudiannya akan ditukarkan ke sebatian keton (keton bodies). Sebatian keton sangat diperlukan oleh otak manusia apabila glukosa tidak dapat berfungsi untuk membekalkan tenaga. Kajian secara saintifik telah menunjukkan sebatian keton boleh membantu pesakit neurodegenerative disorders seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson.

Selain dari itu, sebatian keton juga didapati membantu serangan epilepsy. Pengambilan VCOAntioxidants secara oral dalam kadar yang tertentu akan menyebabkan tubuh kita dilindungi dari serangan bacteria, kulat dan virus. Sistem imunisasi tubuh badan akan meningkat, selsema da batuk akan berkurangan. Sebatian aktif seperti monolaurin, monokaprik dan monokaprin, yang terbukti hasil dari penghadaman VCO. VCOAntioxidants juga mengandungi bahan aktif seperti phospholipids serta sterol tumbuhan yang telah dibuktikan berupaya merendahkan tahap kolesterol dan meningkatkan tahap LDL dalam darah. MCT juga mudah dihadamkan dan dapat membantu mengawal berat badan jika diambil secara teratur dan berterusan.

Antara khasiat dan kebaikan VCOAntioxidants:
• Membantu kelancaran system pencernaan
• Meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh
• Menbantu mengurangkan berat badan
• Mengurangkan kadar kolesterol dan darah tinggi serta risiko penyakit jantung
• Membekalkan nutrien penting dalam membantu pertumbuhan rambut yang sihat
• Membantu merawat pelbagai masalah kulit
• Menyokong fungsi tiroid
• Menghalus dan menyeragamkan struktur kulit


(credit info to Treenea Selangor)

Pada yang berminat nak try produk ni, boleh contact aku 0194619084 atau email nurulquzie@gmail.com..price seperti kat bawah ni ye:

RETAIL PRICE :
RM 40 (SEMENANJUNG)
RM 43 (SABAH & SARAWAK)
COD Kepala Batas sahaja
* 60 biji sebotol/ 2 kali sehari
* boleh dimakan dan disapu untuk kegunaan luaran

- Minyak kelapa dara : didaftarkan di bawah Akta Pemakanan
- Sesuai diambil oleh semua golongan dan peringkat umur

p/s: untuk dapatkan informasi terkini boleh LIKE fb page TREENEA KEPALA BATAS

Tuesday, March 26, 2013

Dulu dan sekarang

Dulu sekeping..........

*kalau tak silap ni gambar tahun 2009*

Sekarang berkeping-keping....hewhewhew...salahkan umur yang semakin meningkat dan metabolisma yang semakin berkurang...hikhikhik




Monday, March 25, 2013

Teguran ikhlas, bukan nak jaga tepi kain awak..

Ini adalah berkaitan isu berpakaian seksi Rozita Che Wan..jawapan balas Che Ta bila ramai yang dok tegur and kutuk dia pakai pakaian yang seksi seksi...kan Che Ta pesan jangan dok sibuk-sibuk jaga tepi kain dia..nak tahu lebih lanjut pasal isu ni korang google je la, banyak blog gosip bercerita pasal ni..aku just nak share artikel dari Dr. Harlina pasal isu tegur menegur ni...kalau berminat boleh terjah blog Dr kat SINI...

Salam ukhuwah
Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.  
Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : 'Who cares?', Dr Har jawab 'I do care! A lot!'
Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
  1. Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa   
  2. Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku! ‘
  3. Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan.  Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?
  4. Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaĆ­) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu. 
Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.

Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.

Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!

 
Salam ukhuwah :

Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)

Saturday, March 23, 2013

Alone at office on the lovely Saturday

It almost 12.45noon, and im getting a headache but my work almost done...yippie!!..haha..yes, im working on saturday!!suddenly terasa kerajinan untuk datang kerja di hujung minggu muncul and taddaa, here i am =))actually, i felt like kalau i stay at home pun bukan ada buat pape pun...aktiviti hujung minggu just masak, makan, tonton tv, tido je..it's quite boring okay..so why not, today i came to office at least i boleh siapkan kerja kan..opppsss, ter 'I' la plak kan...hahaha..*_^

Actually, i nak show off beberapa keping gambar kat blog ni...huhu...dulu i pernah post gambar-gambar i yang ntah pape, gambar tiga suku...haha..i just used my webcam, no 360 application okey...ooohhh, im waiting for my galaxy note 2!!bila la nak sampai ke tangan ye...hurmm..

the 'ayu pose'

wonder how i'll look with lesung pipit....??


doesn't matter, mata sepet already suits me..kan kan=p

give me penampar manjee plezz =p

Jumpa lagi!!


Wednesday, March 13, 2013

dah lama tak 'bershawl'

Dan akhirnya...harini marilah kita bershawl segala bagai even pakai shawl yang biasa biasa je, bukan  Radiusite...tapi kan kalo dapat sehelai shawl radiusite kan best...suka tengok design-design shawl dorang, cantik-cantik...



nak tengok design lain korang boleh terjah website RADIUSITE


ok, yang ni bukan model radiusite..haha
shawl ni dah lama beli..aritu siap borong kaler lain2 smpai 6 helai...tp pakainya sekali dua je, pastu simpan dalam almari..sekarang ni terasa macam nak  berbalik pada zaman muda-muda dulu la, zaman pakai shawl ni..masalahnya shawl  tak banyak pun bawak mai penang, ada 2 or 3 helai je kot..yang lain masih kat kampung..nantilah bila balik kampung nanti boleh ambil..nak beli baru macam xperlu kot..sekarang ni masa untuk menabung...tunggu la dulu kalau nak bershopping ke apa, tunggu dah settle hal-hal yang penting dulu baru kita pikir pasal shopping...


Monday, March 4, 2013

Mari mengira bersama

Peringatan: Ini hanyalah entri pemanas (warm up) di tengahari.

Kan dah kata, kerajinan meng-update blog sudah ke laut. Tapi kita gagahkan kudrat yang ada ni untuk pastikan blog ni terusik juga walaupun tidak sekerap mana. (huhu) 

Yang sebenarnya aku nak ajak korang mengira bersama-sama..haaa...kira apa agaknye ye??...hehe...meh kita kira berapa hari lagi perlu ditempuh sebelum aku mencapai usia 25 tahun..perggghhh, its 25 weh..menurut pengiraan aku ada dalam 47 hari lagi menuju ke usia itu...kejap je pejam celik pejam celik dah nak masuh suku abad dah umur aku ni..alhamdulillah, masih dikurniakan peluang untuk terus bernafas, dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang tak putus-putus, famili yang sentiasa memahami, kawan-kawan yang menjadi peneman tika dirantauan ni dan alhamdulillah, dicintai dan disayangi oleh kekasih hati (*-*), insyaAllah bakal jadi peneman hidup aku sampai bila-bila (doakan kami)..

up gambar sekeping almaklum la kan dah lama tak menempek kat blog ni~~