Followers

Saturday, August 16, 2014

journey to babies blink ; p

Aku guna produk SF Beauty almost 2 tahun. Produk ni memang ok dengan aku. Dan ini jugak produk pertama yang aku jual. Kiranya permulaan bisnes online aku adalah dengan SF Beauty. Bila dah hampir 2 tahun guna, ttiba terdetik kat hati ni haa nak guna produk lain. Aku tertarik utk try simply siti. So hampir seminggu aku google pasal produk ni nak tahu ok ke tak. Bila rasa cam puas hati dengan hasil google so aku beranikan diri utk try simply siti. Aku amek yang travel pack rm29.90 tu. Pakai simply siti almost 3 months jugak la. Tapi sebab aku rasa cam tak ada kesan pape pun kat muka aku. Kulit aku jadi kusam. Time tu dah dekat sebulan sblm kenduri kahwin aku. Punya la risau sebab tarikh kahwin dah dekat tapi muka kusam pulak. Nnt ioll tak cantik dalam gambar..kihkih..time tu aku masih lagi giat bisnes online (sekarang pun!) dan bermacam produk kecantikkan aku jual. SF Beauty pun masih dijual. Tapi produk yang memang hot time tu babies blink yang mana aku jual jugak. Pk punya pk aku decide untuk try je babies blink. So, stop pakai simply siti 3 hari. Lepas tu aku start pakai sabun babies blink (bb) memula. Dalam sehari dua kendian baru aku start pakai day cream bb. Texture day krim bb lain dari yg lain. Dia smooth je dan cepat meresap dalam kulit. Aku just apply sikit je day cream. Night cream aku pakai seminggu lepas pakai day cream. Tapi night cream memang selalu escape je..haha..malas punya pasal. Alhamdulillah,  kulit aku makin ok dan dah tak kusam. So, gambar kahwin ioll adalah lawa! Haha ; p

Sekarang aku masih lagi pakai babies blink. Apa yang aku perasaan, kulit muka aku macam pinkish2 sikit macam apply blusher..huhu..so far, memang puas hati pakai babies blink. Dan sekarang ni ada set babies blink 5 in 1. Tapi dengan aku takda lagi stok ni. Haritu, pengasas babies blink, datin liyana ada up status nak bg free 50 set babies blink 5 in 1. Caranya senang je, just wasap alamat kat nombor dia. Nasib baik la aku terbaca status tu. Cepat2 wasap alamat. Alhamdulillah ada rezeki dan nama aku tersenarai dlam list untuk dpt free set 5 in 1 tu. Tak sabar tunggu barang sampai. Eh, aku bagi alamat kat kampung. Hahaha. Balik kampung nnt baru boleh try. Ok fine. ; p

So, pada yang berminat untuk try babies blink boleh contact aku (wasap/sms) 0189180895. InsyaAllah,  soon akan ready stok set 5in1 babies blink.

Friday, August 8, 2014

Bismillah

Assalamualaikum..

Hampir berbulan tak meriahkan blog ni..last post sbg tunangan orang..alhamdulillah, dah berubah status sekarang..officially a wife to my beloved husband..hehe


Gambar tak banyak pun, kena tunggu dari photographer baru syok jaja gambar kawen kat sini...kihkih..

Sunday, May 11, 2014

tak sempat nak update gtaw ada sale

Biasanya sale ni aku buat ble hujung bln sampai awal bulan..ni kan time gomen dan swasta gaji..so, timing yang ok la untuk buat sale..tapi sayang aku tak sempat nak update kat blog, mostly update kat fb je..so, kalo nak order barang dgn harga sale korang boleh terus wasap or sms 0189180895..jangan call ye ; p

Wednesday, April 16, 2014

Ezy Slim



Okay, produk ni dah ready stok dalam bulan 2 haritu tapi aku lupa nak update. Kat FB je pernah update. Almaklum lah, kekadang kebizian, kemalasan dan kelupaan itu yang buat aku tak update. hehe

Okay, Ezy Slim ni merupakan minuman jus yang dirumus khas dengan khasiat buah delima. Korang mesti kenal buah delima kan. Serius sedap weh buah delima ni. One of my feveret. Seperti yang kita tahu, buah delima ni memang membantu dalam mendapatkan kesihatan yang optimum. Dan sebab itu lah Ezy Slim ni boleh dikatakan antara minuman jus yang terbaik. Ezy Slim 3 in 1 ni bermaksud dengan mengamalkan Ezy Slim dalam pemakanan harian korang, ia akan membantu untuk menurunkan berat badan, melawas (detox) dan mencantikkan kulit. So, kalo consume Ezy Slim ni korang boleh dapat semua tu. Berat badan ideal dan kulit yang cantik. Haa.. Memang berbaloi sangat.



Ezy Slim ni akan meningkatkan kadar metabolisma badan yang mana untuk membakar lemak-lemak yang ada tu. So, bila korang minum jus Ezy Slim ni, korang akan dapat rasa perubahan kat tubuh badan korang tu. Antaranya:

- Badan terasa hangat dan berpeluh. Ini disebabkan aktiviti pembakaran lemak dalam badan tu.

- Melawaskan pembuangan. Ezy SLim ni hanya melawaskan pembuangan tapi takda lah sampai cirit-birit. Sebagai contoh, bila korang minum Ezy Slim ni waktu pagi. Lepas minum korang akan rasa nak membuang sebab dengan cara ni Ezy Slim membantu untuk membuang toksin dalam badan.

- Kerap buang air kecil. Selain berpeluh, lemak juga akan diurai dan disingkirkan melalui air kencing. So, adalah perkara biasa kalo korang kerap buang air bila minum jus Ezy Slim ni.



Dan, untuk mendapatkan kesan yang optimum korang mesti ikut tips-tips ni. Antaranya, amalkan air kosong. Doktor pun memang sarankan kita banyakkan minum air kosong ni. Sekurang-kurangnya ambil 8 gelas air kosong sehari.  Kedua, kawal pemakanan korang. Jangan pulak bila amalkan jus ni korang boleh ingat korang boleh bedal segala jenis makanan. Kalo macam ni, memang takkan dapat kesan optimum la. Bila makan tu, pastikan korang berhenti makan sebelum rasa kenyang atau terlalu kenyang. Jangan makan melampau-lampau sampai sendat perut tu haa. Kuantiti makanan yang diambil harus dijaga ye. Dan tips seterusnya ialah jangan berlapar dan jaga waktu makan anda. Kalo boleh, sarapan jangan tinggal. Busy macam mana sekalipun make sure sarapan tu tetap diambil Jangan pulak sebab nak turun berat badan korang sanggup berlapar. Please, jangan buat macam ni. Kesian kat badan tu. Nanti tak pasal-pasal dapat sakit plak. 

Banyak lagi tips-tips yang ada. Senaman. Rasanye if sekurang-kurangnya buat senaman ringan pun memang akan mempercepatkan kesannya. Ala, aku bagi contoh la. Kat opis korang ada tangga tak. Haa, kalo ada tangga apa kata gunakan tangga tu. Sehari dalam 2, 3 kali turun naik tangga apa salahnya kan. Selain itu banyakkan berjalan. Okay, yang mana suka window shopping or shopping memang bagus. Korang pusing je shopping mall tu sebanyak yang korang nak. Sambil berjalan tu boleh shopping!! Hehe..Kurangkan dan kalo boleh elakkan minuman bergula dan berkafein. Kalo dapat kurangkan dah kira bagus tu. Kurangkan juga karbohidrat dan lebihkan protein. Kalo nak makan nasi, just makan segenggam je. Jangan makan banyak sangat. lebih kan lauk pauk dan sayur. Dan yang paling penting sentiasa positif!!Kekalkan matlamat korang dan usaha ke arah itu. 



Antara kebaikan Ezy SLim:

- Menjadi kenyang 
- Menjadikan waktu makan lebih teratur
- Sesuai untuk yang mempunyai masalah berat badan yang serius
- Membuang toksin dalam badan
- Mencantikkan struktur kulit
- Membaiki hormon
- Mengecutkan jerawat
- Memudarkan jeragat
- Memutihkan kulit
- Mengandungi collagen yang membantu mendapatkan kulit yang sihat dan cantik
- Sesuai untuk lelaki dan perempuan
- Mendapat kelulusan KKM





Harga RM120 sekotak.
Wasap 0189180895 untuk pertanyaan dan pembelian.
TQ
=)





Tuesday, April 15, 2014

Perasaan gembira itu bila dapat tolong orang

Of course bila kita dapat tolong orang mesti kita gembira kan. Yang aku nak maksudkan kat sini berkaitan dengan produk jualan aku. Alhamdulillah, dah ramai orang yang berjaya atasi masalah dorang. Tak kira lah masalah kulit wajah ke or masalah berat badan. 

Nak dijadikan cerita, tahun lepas makcik aku ada call dan ceritakan pasal masalah kulit wajah anak dia. Dia suruh aku suggestkan produk apa yang sesuai. Aku ni merupakan pengguna SF Beauty dan selama aku guna ni memang jarang sangat masalah kulit wajah yang aku alami. Kalo bab jerawat tu, jarang sangat2. Ada lah seketul dua tapi tu pun time period je dia mai. Tapi jerawat ni mai singgah kejap je. 2, 3 hari lepas tu dia hilang balik. 

Anak makcik aku ni kat muka dia banyak jerawat naik. Dah banyak produk anak dia pakai tapi takda pun yang dapat hilangkan masalah dia. So, aku dengan yakinnya suruh dia try SF Beauty. Memula aku suh dia amek yang trial dulu sebab kalo tak sesuai takda lah membazir sangat kan. Aku suggestkan kat dia set trial SF Beauty Vit E. SF Beauty ada dua set, satu untuk kulit sensitif set Vit C dan untuk kulit normal set Vit E. Disebabkan anak makcik aku just ada masalah jerawat, so aku suruh dia pakai yang set Vit E je. Alhamdulillah, masalah jerawat anak makcik aku ni berjaya diatasi. Sekarang ni kulit dia pun dah cantik. Aku tengok pun jeles dengan dia. Dah la cantik, kulit muka dia flawless sekarang. 


Kalo ada yang berminat untuk try produk ni boleh terus wasap aku 0189180895. InsyaAllah, aku bagi harga yang terbaik untuk korang.

=))

Wednesday, April 9, 2014

Radiance Signature pilihan terbaik




Radiance Signature™ - Whitening & Glowing Series:
★  Mengandungi pemakanan sunnah seperti kurma, madu dan delima.
★  Dalam bentuk sachet yang mudah dibawa.
★  Hanya koyak dan minum.
★  Hanya 1-2 sachet 1 hari untuk kesan dan rawatan terbaik.
★  Boleh diminum oleh ibu yang mengandung, dalam pantang dan menyusu.
★  Mempunyai kolagen gred AAA yang berkualiti tinggi.
★  Menggunakan Pura Sweet sebagai pengganti gula.
★  Sesuai untuk mereka yang mengidap diabetis dan kencing manis.
★  Mengandungi ramuan dan kandungi aktif.
★  100% natural base.
★  Tanpa Sapuan.
★  Tanpa Bahan Terlarang.
★  100% Natural Base.

. Produk berstatus GMP Certified
. Mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia - KKM
. Mendapat Kelulusan HALAL
. Produk Selamat & Berkesan


Maklumat Saiz Per Hidangan :
► 1 Kotak mengandungi 20 sachet

► 1 sachet 20ml.

Maklumat Pemakanan :
► 1 sachet di waktu malam sebelum tidur.

Kesan Terbaik :
► 1 sachet pada waktu pagi sebelum breakfast
►1 sachet pada waktu malam sebelum tidur.

► Untuk kesan yang cepat dan optimum dinasihatkan tidak mengambil kafein & alcohol.
► Minum air yang banyak.
► Perubahan setiap orang berbeza.
► Kesan cepat atau lambat bergantung kepada genetik & hormon individu.

Proses :
► Merawat dalaman badan terlebih dahulu sekirannya dalaman badan mempunyai masalah.
► Merawat dan menggantikan sel kulit mati.
► Menambah kandungan kolagen dalam badan.
► Menjadikan kulit cerah dan gebu secara sekata.





3 Manfaat utama Radiance Signature™ - Whitening & Glowing Series:
► Kecantikan:
♥♥ Mencerah dan menggebukan kulit seluruh badan.
♥♥ Memberikan kulit yang cantik dan sihat.
♥♥ Menjadikan kulit glowing secara natural.
♥♥ Menghilangkan kulit kusam & tidak bermaya.
♥♥ Anti Penuaan dan menjadikan wajah kelihatan muda.
♥♥ Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit.
♥♥ Menghilangkan sel kulit mati.
♥♥ Mengecutkan dan menghilangkan jerawat.
♥♥ Menghilangkan jeragat.
♥♥ Memudarkan dan menghilangkan parut jerawat.
♥♥ Menghilangkan kesan lebam di bawah mata.
♥♥ Meningkatkan kandungan kolagen dalam badan.
♥♥ Mengecilkan pori-pori.

► Kesihatan:
♥♥ Anti kanser.
♥♥ Menstabilkan tekanan darah.
♥♥ Menstabilkan hormon lelaki dan wanita.
♥♥ Merawat ekzema.
♥♥ Merawat imsonia.
♥♥ Merawat resdung.
♥♥ Merawat penyakit kencing manis.
♥♥ Merawat dan mencegah kanser payudara.
♥♥ Merawat dan mencuci buah pinggang.
♥♥ Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.
♥♥ Bertindak sebagai Anti-Body.
♥♥ Memberikan tenaga serta merta.
♥♥ Memberikan tidur yang nyenyak.
♥♥ Merawat keputihan pada alat sulit wanita.
♥♥ Menegang dan menganjalkan payudara.
♥♥ Merapatkan alat sulit wanita yang longgar.
♥♥ Merawat rambut gugur dan tidak bermaya.
♥♥ Melawaskan pembuangan.
♥♥ Meningkatkan daya ingatan.

► Bentuk Badan Yang IDEAL
♥♥ Mengawal berat badan.
♥♥ Membuang toksin dalam badan.
♥♥ Meningkatkan kadar metabolisme badan.
♥♥ Memberikan rasa kenyang.
♥♥ Mengawal nafsu makan.






* Perubahan setiap orang berbeza.
* Kesan cepat atau lambat bergantung kepada genetik & hormon individu.

Semenanjung RM180 / SS RM190
0189180895

Tuesday, April 8, 2014

DIY Bantal pelamin

Agaknya bantal ni namanye bantal pelamin la kot. Ini bukan bantal ottomen tu ye. Ia hanya lah bantal empat segi yang biasa tu je.

Ceritanya macam ni. Aku kan memang nak DIY je pelamin nanti so ada satu hari tu bila tengok gambar-gambar pelamin kat google ni ada pulak yang letak bantal empat segi ni as an aksesori dan memang nampak cantik je bila letak bantal tu kat pelamin. So, terus lah aku masukkan bantal ni as one of the aksesori kat pelamin aku nanti. Kalo tengok kat kedai harga 1 bantal ni boleh cecah rm9.90. Fuh, kalo aku guna 4 or 6 bijik bantal banyak pulak kena keluarkan duit nanti. So, cari masa dan google je cara untuk buat bantal ni. Mujur la tak complicated sangat untuk buat bantal ni. 

Dan bila ke jakel haritu terus aku beli kain untuk jahit buat bantal ni. Guna kain jersey je sebab kain tu murah. Haha.. Beli 2 kaler je. 1 kaler 2 meter dan 1 kaler lagi 1 meter. Aku bajet cukup untuk buat 6 biji bantal. Tapi kan, actually boleh buat lebih dari 6 biji kot sebab kain tu lebar. Hihi.

Ada satu malam tu aku gigihkan diri ni untuk buat bantal. Awal-awal ni just sebagai trial je sebab aku jahit tangan. Kat umah sewa ni takde mesin jahit pun. Bertuah la badan kalau tuan umah nak sediakan mesin jahit kannn. Tu dah melampau lah pulak!!


Proses mengunting kain. Time jahit tak snap gambar pun. Tak kuasa weh. Jahit bantal ni pun makan masa. Tapi takpe la berabes masa dan tenaga yang penting boleh jimat dan puas hati dengan hasil tangan sendiri. Malam tu aku buat satu bantal je dulu sebab nak tengok hasil bila jahit tangan. Hasilnya tak seberapa sebab bantal yang terhasil tu macam kat bawah ni haa.



Nampak tak ketidaksimetrian tu.Haha. Memang kena jahit nga mesin jugak la. So, tunggu balik kampung nanti baru siapkan. Oh ye, yang isi bantal ni aku amek dari bantal aku yang lama je. Nanti nak kena beli fiber untuk isi bantal. Dari hasil google aku, fiber tu tak mahal pun. Lepas abes majlis, bantal ni masih boleh diguna pakai so memang berbaloi la. 


Ni gambar bantal yang aku hantar kat encik tunang. Memang obvious ketidaksimetrian tu. Terus encik tunang tak bagi buat dah bantal tu. Dia suh balik buat kat kampung je sebab boleh jahit guna mesin. Haha. 


#########################################################

Korang, if nak buat sebarang pertanyaan atau pun order boleh terus SMS or Wasap kat no ni 0189180895. Sebenarnya, banyak produk yang aku jual. Korang boleh follow or friend aku dekat FB sebab mostly produk aku update kat FB tu. 

TQ


Friday, April 4, 2014

Shopping di Jakel

Ni cerita minggu lepas. Aku ke KL sebab ada hal sikit kat Shah Alam. Kebetulan pulak Jakel ada buat sale. So apa lagi, aku ajak lah encik tunang ke Jakel untuk beli kain famili aku. Nanti dorang akan sedondon la pakaiannya time kenduri aku nanti. Yang Jakel aku pergi ni dekat Jalan Tar tu, bukan dekat Seksyen 7 Shah Alam. 

Memula masuk tu kan, OMG ramai sangat orang. Masing-masing dok sibuk memilih kain. Memang sesak la Jakel tu. On the way nak pergi Jakel tu aku memang dah decide nak beli kain macam mana kan so bila sampai je terus la pi terjah dekat kain yang aku nak. Jumpa je kaler yang berkenan kat hati terus suruh pekerja Jakel gunting kain tu. Yang ni aku amek plain kaler untuk adik-adik perempuan aku yang 4 orang tu. Untuk makluman aku ni anak sulung dari 9 beradik, 5 perempuan dan 4 lelaki. Hehe. Kami keluarga besar ye. 

Untuk mak aku pulak, aku decide untuk cari kain yang ada corak-corak. So nampak lain la sikit kan. Tang nak pilih kain mak aku ni haa yang amek masa lama sikit. Sebab banyak giler kain dengan corak yang cantik-cantik. Kesian pekerja kat situ, kena layan karenah aku. Hihi. Memula sampai kat bahagian kain corak-corak tu, aku dah berkenan dengan 2 kain ni haa tapi biar la dulu sebab nak tengok yang lain jugak. Ada 2 orang pekerja yang layan aku so memasing tunjuk corak yang dorang rasa cantik. Tapi last-last aku reject semua dan aku amek yang mana aku berkenan tu. Kesian encik tunang, sampai pening-pening dia dok dalam tu. Dia cakap pening dengan bau. Yela, dalam keadaan bersesak macam tu macam-macam bau ada. Bukan lah bau busuk ye tapi bau perfume. Lain orang pakai lain perfume so bila bau- bau tu bercampur memang pelik la jadinya. 

Lepas dah setle kain untuk mak aku, aku pi bahagian langsir pulak untuk cari kain backdrop pelamin. Kain untuk pelamin ni aku pilih kain jersey sebab murah! haha. Tapi sayang, kaler yang aku nak takda so aku just beli kain jersey dalam 3 meter je untuk DIY bantal untuk letak kat pelamin nanti. Yang pasal diy bantal ni nanti aku cerita next entry. Kain jersey ni aku 1 meter RM2.60 je. Memang murah. Lepas dah setle beli semua, cepat-cepat kami chow sebab tak tahan dengan orang ramai dalam tu. Lagipun apa yang nak dibeli semua dah setle so tak payah la kan nak menyibuk dalam tu lagi. Fuhh, setle dah 1 hal ni. Lega sangat. Hujung bulan 4 nanti aku balik kampung nak hantar kain tu untuk dijahit. Harap-harap tukang jahit terima lagi la kan.



###################################################################
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk yang aku jual boleh SMS or Wasap 0189180895


Jarang-jarang login blogspot

Okay, itu merupakan alasan kenapa blog ini jarang diupdate =p So, bila rasa nak update baru lah kita kasi login kat blogspot ni. Dan nak mengharapkan update ni bergantung kerajinan. Tak macam masa mula-mula kenal dunia blog ni. Boleh dikatakan memang rajin betol update.Now, keghairahan untuk update blog ni dah tak macam dulu. hehe.

Ada banyak benda yang bermain difikiran ni haa tapi nak meluahkan melalui penulisan tu yang malas. Nanti2 la ye. Kalo nak bercerita pasal hal kahwin pun macam malas je. hehe. Itu lah bila kemalasan dah menguasai diri kan. Semua benda jadi malas kan. Ish2 =p

*google*




Tuesday, April 1, 2014

Hai April

Bye March!!

Another month is coming. Ouch, awat cepat sangat masa berlalu sekarang ni. Pejam celik pejam celik umur dah nak tukar angka dah ni. Tapi iooll masih feeling muda okeyh! Haha. Mengharapkan yang terbaik untuk bulan ni. 

p/s: Untuk sebarang pembelian korang boleh terus wasap or sms 0189180895. No calling2 ye. Hehe

Friday, March 21, 2014

Chriszen Moist Cake

ATT: Ini bukan kek ye..

Okay, ini nak perkenalkan satu produk baru iaitu chriszen moist cake. Ia adalah bedak ye kawan-kawan. Tapi bedak ni memang berbeza dari bedak yang sedia ada di Malaysia. Sebabnya, bedak ni bukan je sekadar satu barang kosmetik tapi mampu juga merawat wajah kita dan juga menjadikan solekan lebih cantik dan menawan. Chriszen adalah satu produk yang sangat sesuai untuk wanita yang memang nak wajah yang tampak gebu, mulus dan cerah semulajadi. 



Antara keistimewaan Chriszen Moist Cake ialah

Mengandungi L-Glutathione yang berfungsi mencerahkan kulit
mengandungi Collagen yang membantu memudarkan jerawat, jeragat, kedutan halus dan tompok penuaan awal
berpelindungan SPF 50 yang membantu menjauhi kerosakan/ kekusaman kulit akibat sinaran UVA dan UVB
Mengandungi Pelembap yang berfungsi menghalus dan melembapkan kulit wajah
sebagai bedak asa/ concealer/ foundation yang membantu menyembunyikan tona kulit tidak sekata, liang pori terbuka, berlubang atau noda/parut jerawat pada wajah mengurangkan masalah kulit berminyak
Disertakan NBR sponge yang paling popular di Korea, fleksibel dan lembut, yang memudahkan pemakaian bedak secara tipis dan rata
ringan, boleh dibawa kemana-mana sahaja
pemakaian berterusan setiap hari membantu kulit kembali anjal, halus, cerah dan awet muda

**Produk ini diformulasikan dari Korea


Bedak ni didatangkan dalam 3 warna, yang boleh disesuaikan dengan warna kulit korang.



Cara pemakaian bedak Chriszen sila baca bawah ye!!hehe

1. Titiskan dua titik Chriszen Ampoule ke atas tapak tangan. kemudian oles pada wajah.
2. Urut selama 1-2 minit sampai Chriszen Ampoule menyerap ke dalam lapisan kulit wajah.
3. Guna sponge yang terletak dalam Chriszen Moist Cake untuk mencampurkan L-Glutathione(lapisan putih) + Moist cake ( lapisan warna beige) supaya mendapat warna moist cake yang sesuai kulit.
4. Ratakan Chriszen Moist Cake dengan sponge tersebut secara nipis dan sekata.
5. Lihat hasilnya, wajah anda sudah menjadi CERAH + LICIN!





Untuk pembelian boleh wasap 0189180895


Thursday, March 20, 2014

ON diet

Please refer to the title above!!

Haha..Sekarang ni dah start diet balik. Before raya cina aritu memang aku berdiet and I lost almost 2 kg within a week!! Unfortunately, raya cina tu kan aku balik kampung dan bercuti lebih dari seminggu. Dan macam orang lain jugak bila balik kampung mesti makan sebanyak yang boleh. Untungnya, my mum ada kedai makan so confirm laaaa ada banyak lauk-pauk yang best dan nasi sentiasa ada, Huhu. Kat kampung tu boleh dikatakan 3 kali makan nasi. Pagi, tengahari dan malam. Selang tu makan kuih la, magie sup la, abc la. Hurm, memang tak sah la kalo berat tak naik kan. So memang menambah berat giler2 la kat kampung. Tapi no hal, aku memang tak pikir pun pasal diet bila kat kampung tu. Just let myself makan sebanyak yang nak. Hihi. My mum pun ada tegur jugak bila tengok aku makan banyak. Siap cakap 'Along ni kalo sebulan dok kampung mesti gemuk'. Haha. Memang tak boleh disangkal lagi. Mujur la ada kat kampung tu seminggu lebih.

Ok, jom mulakan diet secara sihat!!


Wednesday, March 12, 2014

Wed Prep Part 1

Alhamdulillah. Setakat ni dah ada sikit progression pasal preparation untuk wedding nanti. Sikit sikit lama lama jadi bukit. Kihkihkih. Even tak banyak tapi yang penting ada benda jugak yang buat so kira ok la tu. Setakat ni yang dah settle booking photographer. Hahhaha. Ini yang first aku buat. Photographer ni kena booking awal-awal sebab  takot nnt semua kena book maklum lah time aku kawen nanti memang musim orang kawen.

Pasal barang hantaran plak sekarang ni dah start beli. Bulan ni je dah beli dua barang, 1 untuk aku dan 1 untuk dia. Ekceli barang hantaran untuk dia bagi aku kebanyakkannya dah ada. Barang hantaran untuk aku bagi dia ni banyak lagi tak beli. Adik aku yang kat Johor nak sponsor 2 dulang, bestfriends aku plak nak sponsor 1 dulang. Alhamdulillah, ringan beban aku sikit. Dan sorang lagi bestfriend aku nak sponsor bunga pahar. Dia nak DIY bunga pahar tu. Dah jimat dah bab bunga pahar tu. Alhamdulillah.

Sekarang ni aku tengah mencari kad kawen yang murah-murah. Dah aim dah satu kedai online ni tapi bila aku tanya macam-macam dia macam tak nak layan plak. Ok fine, kalau taknak layan aku boleh tempah kat kedai lain je. Huhu..

Dan sebenarnya, agak banyak lagi benda yang perlu disetlekan. Aku rasa macam nak je terbang balik kampung pi booking mak andam and baju bersanding plak. Susah weh kalo dok jauh cenggini. Tak puas nak tengok online. Nak jugak pi butik and pegang sendiri baju-baju yang ada. Kena sabar, bulan 5 ni insyaAllah balik kampung.

Dan pasal pelamin plak, aku dah lupa nak pikir. Hahaha. Kalut dok buat benda lain, lupa plak yang ni. Memang plan nak buat sendiri tapi dalam masa yang sama nak kena tinjau kot2 dapat yang murah dan bersesuaian  sebabnya aku nak kena bandingkan kos untuk DIY pelamin dengan upah orang buat. Yela, kalo DIY ni pun memang kena sewa jugak certain barang tu. So, yang ni KIV sampai bulan 5 ni. Kena pi terjah and slow talk dengan owner butik yang ada kat hometown tu.

Harap dipermudahkan segala urusan ni. Amin.

p/s: belum ada perkembangan pasal MH370. Jom sama-sama kita doakan agar usaha untuk cari pesawat ni di permudahkanNya.


Wednesday, February 26, 2014

Resepi Daging Tempra

Alhamdulillah, berjaya jugak untuk masak daging tempra ni. Macam yang aku cakap resepi ni dari blog Dapur Tanpa Sempadan. Aku buat sikit je, dalam 200g daging, cukup la untuk sekali makan. Serius gigih aku bangun awal pagi ni untuk masak daging ni. hehe

Bahan-bahan

A)
Daging dihiris nipis dan dibersihkan
Bawang putih 1 ulas ditumbuk lumat
Halia ditumbuk lumat
Serbuk kunyit
Secubit garam
1/2 sudu teh gula

B) Untuk tumis dan hiasan
I biji bawang besar dihiris bulat
2 - 3 biji cili padi (bergantung pada korang kalau nak pedas sila tambah lagi)
Setengah biji cili merah
Hirisan daun bawang untuk hiasan (aku takda yang ni...hihi)

C)
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
1/3 cawan air (bergantung pada kuantiti daging korang)
1 sudu teh limau kasturi (sepatutnye limau nipis tapi takda so aku guna limau kasturi, boleh juga guna cuka makan
Secubit secukup rasa

Cara-caranya:

- Campur semua bahan A ke dalam daging dan gaul sehingga sebati. Lepastu  perap selama 30 minit (aku perap overnight sebab bahan-bahan aku sediakan sebelum tido dan bangun pagi ni baru aku masak).

- Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Bila dah panas, masukkan bawang besar, cili padi dan cili merah yang dah dihiris halus. Tumis sehingga naik bau. 

- Masukkan daging yang diperap ke dalam kuali dan masak dalam 5 - 9 minit, sehingga daging empuk. Sementara tu, korang campurkan semua bahan C tadi dan ketepikan.

- Bila daging dah empuk, masukkan bahan C dan kacau sehingga sebati. Kecilkan api dan reneh seketika. Aku tambah juga sedikit secukup rasa. Kalau taknak letak ni pun takpa.

- Dah nampak pekat dan sebati boleh matikan api dan hidangkan. Tabur hirisan daun bawang untuk hiasan. Selamat menjamu selera =))



p/s: aku terus masuk dalam tupperware je sebab nak bawak ke tempat kerja..tak sabar nak tunggu lunch nak makan daging tempra ni..hehe


Tuesday, February 25, 2014

Kerajinan Memasak

Ecece..Tajuk kemain kan. Bukan la nak kata rajin pun tapi hari-hari masak so kira rajin la kan. Haha. Aku ni jenis yang suka bawa bekal lunch datang kerja so boleh dikatakan setiap hari masak la. Faktor utama aku selalu bawa bekal lunch sebab nak jimat. Serius, memang menjimatkan bila bawa bekal pergi kerja. Ye la, kalau makan kat luar maunya dalam rm5 (paling min) kena keluarkan duit. Tapi kalau masak sendiri dan bawak bekal, tak sampai pun banyak tu. Macam aku la kan, beli lauk dengan sayur semua tu paling lekeh pun berbelas ringit je tapi mampu bertahan sampai 2 minggu. So memang menjimatkan. Selain tu, faktor lain ialah kafe tempat kerja aku ni makanan dia memboringkan dan kurang sedap. Hari-hari lauk sama je pastu tak banyak pilihan. So, better masak dan bawak bekal je la. Boleh jimat dan jugak boleh menajamkan skill memasak ni haa..haha

Apasal pepagi ni cakap pasal memasak? Sebabnya, aku baru lepas google resepi untuk memasak daging. Balik kampung hari tu, aku ada bawa daging. Sampa laa ni tak abes guna lagi. So, teringin pulak nak cuba resepi lain selain daging goreng, daging singgang tu aku google la. Eh, sebenarnya aku dah aim awal-awal nak p search resepi kat blog Mat Gebu sebab resepi dia semua best-best dan senang nak buat. Dan aku dah jumpa satu resepi daging ni yang aku rasa bahan-bahan untuk buat tu ada kat rumah. Nama dia daging tempra. Ni masakan baba nyonya rasanya. Tunggu aku buat dulu dan kalau menjadi baru aku share kat sini.


Kalau korang berminat jugak nak buat, boleh pergi ke blog Mat Gebu, Dapur Tanpa Sempadan
Jom kita pakat cuba reramai.



Monday, February 24, 2014

Dapatkan Royal Slim Lishuo Magic dengan harga diskaun



Ramai yang sms and wasap aku untuk order Royal Slim ni.
Alhamdulillah..
Dan ramai jugak yang tanya boleh dapat harga murah tak.
Okay, untuk makluman korang harga yang dijual adalah harga retail yang disyorkan oleh syarikat tapi aku tak cas postage. So kat situ korang dah memang jimat duet postage rm7 - rm9.
Kalo beli banyak mungkin boleh bagi diskaun n free postage, Insya Allah.

Haa, untuk hari ni dan esok korang boleh dapatkan harga diskaun untuk Royal Slim.
Price : RM100, free postage + free gift (stok terhad)
Jika berminat, sila sms or wasap aku di 0189180895.
Thank you.

Friday, February 21, 2014

DIY : Wedding Props

Sekarang ni baru ligat sikit dok fikirkan hal kawen. Yela, lagi berapa bulan je ni. Kan aku cakap nak DIY sendiri pelamin tu, so harapkan ia menjadi nanti. Pasal majlis nanti memang aku dah set awal2 tak nak grand2, just nak yang simple dan jimat. Kehidupan lepas kawen nanti yang perlu difikirkan, maklum lah pasti banyak duit yang diperlukan nanti. So, better bersedia awal2 dan sekarang ni aku cuba untuk berjimat selagi mampu.

Eh, yang orang dok guna props untuk tangkap gambar tu kiranya panggil wedding props la kan..ekekeke..Rasanye kalo yang sediakan photobooth memang benda ni ada. Tapi majlis aku nanti rasanye takde pun photobooth. Aku just sediakan props ni sekadar untuk suka-suka je. Just nak ada something yang boleh menambahkan kekreatifan and menceriakan majlis je..hahaha..

Aku ada search jugak dekat kedai2 online yang jual props ni tapi terkejut jugak, ada yang sampai ratus2. Yang murah yang aku jumpa rm45 untuk 10 props tu. Haish, mahal jugak tu. So, aku google kat internet pasal DIY props ni. Haa, banyak kot jumpa blog2 B2B yang DIY je. Caranya takde la susah sangat pun. Sample untuk props tu pun boleh search je kat google pastu print je. Humm, so bila benda senang ni boleh la buat sendiri je. Yes, boleh jimat jugak untuk benda ni. Kos untuk buat rasanye tak la mahal sangat. Design semua aku dah ada. Dah dekat dengan majlis nanti baru print out dan buat apa yang patut.

Antara contoh yang aku jumpa kat google:

Words macam ni boleh buat guna publisher je.



Nanti korang google je template untuk props macam ni.
Free je untuk download props ni.
Dokumen dalam bentuk pdf so lepas download print je la.


BRIM 3.0 dah masuk

Alhamdulillah...
Siapa yang memohon untuk BRIM 3.0 silalah check akaun masing-masing. 
Bermula hari ni, siapa2 yang berjaya permohonan ni,  duit akan terus dikreditkan ke akaun anda.
Tapi kalau anda check tp tak masuk, silalah bersabar ye.




Thursday, February 13, 2014

B2B

Ada dalam 5 bulan lebih lagi nak tukar status. Dan banyak lagi yang belum settle, act belum start pape pun lagi. Sekarang ni dok rajin baca blog b2b dan hasilnya, aku jadi blur dan lost. Banyaknye la benda yang nak kena dibuat. Tapi takpe, benda ni jadi sekali je dalam hidup. So kena la Keep Calm and Smile. Kihkihkih

List pasal apa yang kena buat tu semua dah ada tapi belum take action je. Bila dok jauh ni, memang susah sikit bab nak g survey n beli barang-barang ni. Bila la nak dapat kerja kat Selangor or KL ni. Aku memang tengah mencari kerja kat area Selangor and KL ni. Kalo dapat kat Shah Alam lagi bagus sebab dekat dengan bakal suami. Kalo ada kerja kosong kat company korang gtaw ye...hehe..Boleh wasap aku kat no ni 0189180895 or email je nurulquzie@gmail.com. Kalo takda rezeki, maybe aku akan try kat tempat kerja lama aku kat Shah Alam tu. Harap2 dorang masih sudi terima aku bekerja. Huhu

Feeling cam retisss je =p

Monday, February 10, 2014

Babies Blink Pinkish by Lyanaz


BABIES BLINK PINKISH


~ mengecilkan pori2 muka
~ mencerahkan 5x ganda dari agent pemutih
~ membantutkan naik jerawat/matikan jerawat
~ menghilangkan jeragat serta melembapkan kulit dan mengimbangkan minyak berlebihan!


KELEBIHAN UTAMA SET BABIES BLINK

-mengecilkan pori2 wajah
-mencerahkan 5x ganda dari agent pemutih
-menjadikan kulit cerah + pinkish
-melicinkan kulit secara maximum
-membantutkan kenaikan jerawat baru
-membantutkan pertumbuhan jerawat
-menghilangkan jeragat dalam 5 hari bergantng pada jenis jeragat
-melembapkan kulit seperti chewing gum
-mengimbangkan minyak berlebihan


KELEBIHAN SAMPINGAN PRODUK BABIES BLINK

**TIADA PENGELUPASAN
**TIADA BAHAN2 TERLARANG!
**PRODUK BUMIPUTRA
**1SET PENGGUNAAN 1 BULAN


1 SET MENGANDUNGI:


*GLUTACOLL SOAP
*ANTIBIOTIC DAY CREAM
*MAGIC NIGHT CREAM


Sila sms or wasap 0189180895 untuk pertanyaan dan pembelian.
Boleh jugak add saya di FB ye.