Bahan-bahan
A)
Daging dihiris nipis dan dibersihkan
Bawang putih 1 ulas ditumbuk lumat
Halia ditumbuk lumat
Serbuk kunyit
Secubit garam
1/2 sudu teh gula
B) Untuk tumis dan hiasan
I biji bawang besar dihiris bulat
2 - 3 biji cili padi (bergantung pada korang kalau nak pedas sila tambah lagi)
Setengah biji cili merah
Hirisan daun bawang untuk hiasan (aku takda yang ni...hihi)
C)
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
1/3 cawan air (bergantung pada kuantiti daging korang)
1 sudu teh limau kasturi (sepatutnye limau nipis tapi takda so aku guna limau kasturi, boleh juga guna cuka makan
Secubit secukup rasa
Cara-caranya:
- Campur semua bahan A ke dalam daging dan gaul sehingga sebati. Lepastu perap selama 30 minit (aku perap overnight sebab bahan-bahan aku sediakan sebelum tido dan bangun pagi ni baru aku masak).
- Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Bila dah panas, masukkan bawang besar, cili padi dan cili merah yang dah dihiris halus. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan daging yang diperap ke dalam kuali dan masak dalam 5 - 9 minit, sehingga daging empuk. Sementara tu, korang campurkan semua bahan C tadi dan ketepikan.
- Bila daging dah empuk, masukkan bahan C dan kacau sehingga sebati. Kecilkan api dan reneh seketika. Aku tambah juga sedikit secukup rasa. Kalau taknak letak ni pun takpa.
- Dah nampak pekat dan sebati boleh matikan api dan hidangkan. Tabur hirisan daun bawang untuk hiasan. Selamat menjamu selera =))
p/s: aku terus masuk dalam tupperware je sebab nak bawak ke tempat kerja..tak sabar nak tunggu lunch nak makan daging tempra ni..hehe
No comments:
Post a Comment