Followers

Thursday, January 2, 2014

2014

Bismillah...

Alhamdulillah, dah sampai ke tahun 2014 dah pun. Cepat je masa berlalu. Plan U celcom pun dah nak expired ni, habes la lepas ni tak dapat murah la bila call and sms. Huahaha...yang tu pulak dirisaukan ye..

Back to 2013, memang banyak suka duka tahun lepas. Semua tu biar aku sorang je la tahu ye..Kihkihkih...saja tak maw share kat sini..

Dan untuk tahun 2014 ni, benda yang paling penting adalah menukar status Cik kepada Puan..hehe..Alhamdulillah dah hampir tiba masanya..tapi preparation baru berapa percent..So far, tarikh dah ada..Sekarang ni pun adik beradik aku dok kalut tanya tema apa nak buat untuk majlis nanti..Haha, kalut mengalahkan bakal pengantin pulak tu. Act, tema tu aku dah pikir dah tapi belum decide lagi. Pelamin dan baju semua pun dah pikir cuma belum finalized lagi. Encik Tunang aku memang bagi green light je.. Ikutkan hati memang nak buat grand punya la tapi bila aku pikir banyak-banyak kali, baik buat simple je. Kenapa nak perabeskan duit untuk majlis yang sehari tu sedangkan belanja lepas kawen tu yang lagi penting dan perlu. So, aku berangan untuk DIY pelamin and bekas hantaran. Ini baru angan-angan je, harap sangat la menjadi. Amin.

Untuk kerjaya pulak, setakat ini aku masih lagi di tempat kerja yang sama. Aku di Kepala Batas, Penang dan Encik Tunang pulak kat Shah Alam, Selangor. Hurmm, nampak gaya kena usahakan sesuatu. Tak sanggup kot nak berjauhan kalau dah kawen nanti. hehe..

Bisnes online. Mungkin aku tak update sangat kat sini pasal bisnes yang aku buat. Banyak update kat FB je pun sebab aku pun menjual melalui FB je. So far, bersyukur sangat dengan rezeki yang dapat hasil bisnes ni. Dan besyukur jugak dapat bantu pelanggan-pelanggan aku dapatkan produk yang terbaik untuk mereka. Happy bila dorang bagi feedback positif pasal sesuatu produk tu. So, kalau ada yang berminat untuk tahu pasal produk-produk yang aku jual, korang boleh add aku di FB Quzie Fathihah or boleh LIKE page Aqzie Shoppe. Dan jangan lupa, korang pun boleh follow aku di instagram. Cari je quziefathihah..


1 comment:

Lea IsNawi said...

hebatlah nak DIY pelamin

bagus3