Namun, keadaan zaman kini telah banyak berubah. Tidak kira lelaki atau wanita, semua perlu berusaha untuk mencari serta meraih cinta sejati. (chaiyok2)
Bagi kaum lelaki, mereka mempunyai pelbagai cara untuk mendekati wanita yang mereka sukai. Berpura-pura bertanyakan waktu (jam) serta mengakui pernah mengenali wanita tersebut sebelum ini, merupakan antara 'trick' yang sering digunakan. Selalunya ia akan berakhir dengan pertukaran nombor telefon dan salam perkenalan.
Manakala bagi wanita yang mula tertarik dengan seseorang lelaki pula, selalunya tidak tahu kaedah yang boleh mereka gunakan (malu2 kucing seyh..hehe) untuk mendekati lelaki tersebut. Inilah yang membawa kepada label 'perigi cari timba'.
Di sini, anda boleh aplikasikan beberapa langkah mudah supaya anda dapat mendekati lelaki pujaan dan dalam masa yang sama, menjauhkan diri daripada label 'perigi cari timba'.
1. SMS
Sekiranya anda belum bersedia untuk menelefon si dia kerana beranggapan masih terlalu awal, anda boleh memulakannya dengan mengirimkan SMS. Apa yang penting, kenalkan diri anda dan katakan dengan jujur siapa anda sebenarnya. Mulakan dengan bertanya khabar dan bertanya sama ada si dia masih mengingati anda atau sebaliknya. Seterusnya tingkatkan tahap perkenalan anda dengan bertanyakan tentang perkara-perkara yang disukainya.Topik-topik yang disukainya pasti akan memudahkan proses untuk anda menambat hatinya. Namun awas, jangan sekali-kali kelihatan 'plastik' atau tunjuk pandai apabila berbual dengannya (kalo xtaw ckp je xtaw). Lelaki sangat tidak gemar wanita yang baru dikenalinya tunjuk pandai kerana beranggapan wanita sebegini suka mengawal semua keadaan. Dalam rancak berSMS, jangan sekali-kali anda bertanyakan tentang status atau teman wanitanya. Tidak semua lelaki gemar berterus-terang di awal perkenalan. Apa salahnya anda bersahabat dahulu dengannya dan anggap itu semua adalah proses normal sebuah perhubungan. Jika si dia sudah selesa dengan anda, barulah mulakan langkah seterusnya. Pada tahap ini, anda perlu yakin bahawa segala usaha anda nampaknya tidak sia-sia.
2. Telefon
Berkenalan sudah, SMS pun sudah. Jika anda rasa sudah tiba masanya untuk anda merapatkan lagi hubungan yang terjalin, apa kata anda cuba menghubunginya melalui telefon. Buat permulaan, jangan berbual terlalu lama kerana tidak ramai lelaki yang suka 'bergayut' terlalu lama dengan orang yang baru dikenalinya, kecuali dia benar-benar menyukai wanita tersebut. Apabila anda membuat keputusan untuk menghubunginya, jangan sekali-kali meletakkan telefon sebaik sahaja dia mengangkatnya dengan alasan belum cukup berkeyakinan untuk berbual dengannya. Apa yang anda lakukan itu hanya akan menimbulkan persepsi negatif di minda lelaki pujaan anda itu. Jalan terbaik, katakan terus-terang anda menghubunginya dan berharap panggilan anda itu tidak menganggunya. Sikap anda yang berterus-terang selalunya lebih dihargai oleh golongan lelaki.
3. Bertemu
Jika anda selama ini menganggap ajak bertemu atau dating adalah tugas seorang lelaki, anda silap sebenarnya. Wanita juga boleh mengajak lelaki yang disukainya keluar makan atau bersiar-siar.
Apa yang penting, anda jangan menganggap pertemuan pertama tersebut sebagai 'dating' atau pertemuan romantik antara anda dan si dia. Anggap sahaja ianya sebagai usaha untuk berkenalan tetapi dalam suasana yang lebih mesra.
Apatah lagi anda dan si dia sememangnya sudah cukup selalu berhubung melalui SMS, telefon atau emel. Jika si dia menerima ajakan anda, itu bermakna anda tidak bertepuk sebelah tangan.
Namun jika si dia menolak pelawaan anda kerana beberapa alasan yang munasabah, cuba berfikiran positif dan jangan sekali-kali kecewa.
4. Pilih waktu dan tempat yang sesuai
Sebagai permulaan pilihlah hari minggu atau cuti semester untuk temu janji anda yang pertama. Ini sebagai gambaran yang menunjukkan anda tidak terlalu terdesak untuk bertemu dengannya walaupun hakikatnya, anda memang tidak mampu bertahan lagi untuk keluar bersamanya.
Dengan pilihan hari minggu dan lokasi yang santai, si dia tidak akan memikirkan yang bukan-bukan tentang anda. Malah dia akan menganggap pertemuan tersebut sebagai mengisi masa lapang yang terluang serta berkenalan dengan lebih lanjut dengan teman barunya.
Jika anda tergerak hati untuk mengajaknya menonton wayang, pastikan filem pilihan anda itu menepati citarasanya. Jika anda belum pasti, filem animasi selalunya pilihan terbaik yang boleh anda pilih. Ini kerana filem animasi kebanyakannya bersifat humor dan si dia tidak perlu memikirkannya secara mendalam sehinggakan kepala si dia pening.
5. Bertandang ke rumah
Jika pada zaman dahulu, orang akan mengatakan tidak manis apabila si gadis bertandang ke rumah lelaki. Namun pada zaman ini, ianya bukanlah sesuatu yang janggal asalkan anda bijak memilih masa yang sesuai.
Apa yang penting anda perlu menjaga etika dan batas-batas tertentu supaya tidak kelihatan keterlaluan di mata si dia dan keluarganya.
Kaedah terbaik yang boleh anda gunakan ialah, katakan kepadanya anda berkunjung ke rumah rakan yang secara kebetulan berhampiran dengan rumahnya. Jika si dia berasa teruja dengan kehadiran anda, itu bermakna perhubungan yang terjalin boleh dilanjutkan ke tahap yang lebih serius.
Namun jangan sekali-kali menjadikan itu sebagai alasan setiap kali anda mahu berkunjung ke rumahnya. Sebaliknya nyatakan secara berterus-terang bahawa anda mahu melawat keluarganya dan berharap si dia tidak mempunyai masalah untuk menerima kunjungan anda.
Walau bagaimanapun, jangan pula berkunjung ke rumah si dia saban minggu hinggakan keluarganya menyampah melihat anda. Itu merupakan petanda tidak baik dalam perhubungan anda.
6. Luahkan perasaan
Apabila anda melihat si dia memberikan respon yang cukup baik salam perkenalan yang anda hulurkan, apa kata anda luahkan perasaan sebenar anda terhadap si dia.
Ini kerana terdapat segelintir lelaki yang sukar menyatakan perasaannya sendiri walaupun dia cukup menyukai seseorang wanita tersebut. Pada tahap ini anda tidak perlu merasa malu kerana segala respon yang telah ditunjukkannya membuktikan bahawa si dia juga tertarik dengan anda.
Namun jika jawapan yang anda perolehi agak mengecewakan selepas anda meluahkan perasaan, jangan sekali-kali menyimpan rasa kecewa atau dendam. Sebaliknya berikan si dia masa untuk berfikir dan mempertimbangkan semula perhubungan tersebut. Dengan keikhlasan serta kesungguhan yang anda tunjukkan, pasti si dia akan tertarik dengan anda.
#####GOOD LUCK#####
No comments:
Post a Comment