Assalamualaikum...
Haipp, korang jangan pikir yang bukan-bukan plaknye..
Aku bukannya ketagih benda yang tak elok..
Tapi aku ketagih nak derma darah..
Kalo boleh la kan, tiap-tiap bulan rasa nak g derma darah...huhu
Tapi disebabkan dah ada syarat yang diletakkan yaitu kau hanya boleh derma darah at least 2bulan/8minggu lepas hari last kau derma itupun kalau HB kau cukup...
Owh, ini pun aku baru tahu je..
Sebab kalau dulu kena tunggu 3bulan baru boleh derma darah balik..
Yang ni pun akak nurse yang bagitahu time aku derma darah bulan tiga hari tu...
Tadi time lunch dengan kawan tetibe terlintas kat kepala ni nak g derma darah...
Pastu bila check kat buku merah (sijil derma darah), hari last aku derma 30 Mac 2011..
Lepas kira-kira, sekarang dah 2bulan lebih..
So, kemungkinan HB aku cukup untuk derma darah..
Habes je lunch aku jalan sesorang g unit tranfusi untuk jalankan misi derma darah tu..
Biasa derma darah ramai-ramai dengan coursemate tapi kitorg kan dah abes blajar kat sini, so dorang sume dah balik..
Terpaksa lah aku pergi sorang-sorang je..
Unit transfusi hari ni penuh..
Bak kata akak nurse kat situ, rezeki murah harini..
Yela kan, biasa tak ramai sangat yang derma darah..
Mungkin makin ramai yang sedar kebaikan derma darah ni..
Selain bleh tolong orang, badan kita pun makin sihat sebab darah yang baru diproduce dalam badan ni...
Tentang mitos yang cakap derma darah boleh sebabkan kita gemuk tu bagi aku salah..
Aku ni start derma darah dari tahun 2008 dan kali ni kali ke-6 aku derma..
Setakat ni aku rasa badan aku okey je..
Takde la gemuk ke apa..
Orang lain tu aku tak taw la..
Awal2 lepas derma darah ni memang nafsu makan tinggi sikit tapi pepandai la kan control..
Jangan plak g hadap makanan sampai boleh undang kemudaratan kat badan kita ni plak...hee=)
Okey, berbalik pada hal derma darah ni..
Nasib baik HB aku cukup untuk derma darah tapi masih lagi dikira rendah, 12.1 je..
Tadi time derma aku ada cakap kat nurse yang aku tak suka sangat makan iron yang dorang kasi tu..
Besenye aku makan untuk 3,4 hari je pastu terus stop..
Nyesal je aku cakap kat nurse tu sebab kendiannye dia bebel kat aku..
Dia cakap, aku ni dah la kurus, HB pun rendah so kenalah makan iron yang dorang kasi tu..nanti jadi pape susah plak lagipun muka aku memang pucat tadi lepas derma darah...
Aku hanya mampu sengih je la..hehe
Ok la nurse, nanti saya cuba pastikan saya habeskan iron yang nurse kasi tu ye..(bajet nurse tu baca blog ni je kan=P)
Eh korang, kalau korang rasa mampu derma darah jangan lah segan-segan g hospital yang berdekatan..
Setitis darah yang didermakan mungkin mampu menyelamatkan nyawa seseorang=)
Fikir-fikirkan dan selamat beramal!!
*_*
p/s: balik bilik tadi terasa pening2...rumate pun tegur muka pucat semacam je..
p/s/s: korang ada baca blog kaksol tak pasal senarai blog yang bakal dihack kat entri INI..blog aku pun tersenarai..adoi, apa kes blog hampeh macam ni pun nak hackkn...so, pada yang berkenaan korang tak payah la hack blog ni, xde pape yang best pun kat sini=) [aish, cuak jugak okey]