Followers

Saturday, June 18, 2011

Berhujan mencari makanan

Assalamualaikum

Hidup sebagai 'penanam anggur terhormat' bukan lah suatu pilihan yang bagus. Tapi kalau ini yang perlu dilakukan buat masa ni tiada yang mampu menghalang la kan. Eh, kerja berlambak nak atau tidak je. Buat masa ni memang tak boleh memilih kerja. Orang kata, awal-awal ni terima je la pape kerja tapi kerja yang halal la ye. Jangan la plak kau pilih kerja yang bukan-bukan. =)

Alhamdulillah, sekarang ni aku tak de la jadi 'penanam anggur terhormat' sepenuh masa. Sebabnya supervisor aku time aku buat FYP dulu tawarkan aku jadi RA (research assistant). So, aku ni bagai orang mengantuk disorongkan bantal terus la terima tawaran dia. Actually la kan, aku ni just sambung buat research yang aku buat untuk FYP aku dulu. Supervisor suruh aku tambah lagi sampel and combine dengan senior aku untuk siapkan jurnal. Tajuk FYP aku ni sama dengan senior aku yang lepas cuma beza jenis pistol je. Untuk jadikan jurnal lebih mantap, supervisor aku suruh gabung je sebab bila gabung sampel jadi banyak. Dan potensi jurnal untuk diterima oleh 'orang berkenaan' lebih tinggi. 

Tapi sekarang ni supervisor aku tu ada kat US, dia bercuti dua bulan. So, aku terkontang kanting la kat sini tapi nasib baik la ada senior aku tu. Dalam seminggu tu ada la dalam sekali dua dia datang lab. Disebabkan kami bergabung untuk siapkan jurnal ni, so kami dah bagikan tugas. Memasing dah ada tugas untuk disiapkan. Sebelum ni senior aku dah siapkan jurnal ni tapi tak diterima sebab sampel sikit. Jadi nya, tak banyak sangat yang kena buat untuk siapkan jurnal ni. Most of the things senior aku dah siapkan so aku just tambahkan kat result je. Kerja aku memang tak banyak tapi kan....aku masih perlu guna comparison microscope. Aduh, ini sebenarnya yang aku malas sebab dah rasa jemu je sebab time siapkan FYP dulu memang selalu sangat berkepit dengan microscope ni. Ingatkan nak clash je dengan microscope ni tapi demi kerja nak buat camne la kan. Terima je lah.

Kalau ada kerja mestilah ada gaji kan. Ada ke orang yang kerja tapi taknak gaji??Kalau ada pun itu bukan aku la ye..hehe..Bercakap pasal gaji ni kan, aku pun tak taw berapa yang akan dibayar sebab supervisor aku ni cakap, tiap kali datang lab tulis je tarikh hari tu dan nanti boleh claim dengan dia. Aku plak takde la tanya berapa dia bayar untuk satu hari. Segan seyh nak tanya. So, aku iyakan aje bila dia cakap macam tu. Kerja lab pun dah tak banyak skang ni sebab result yang nak guna semua dah ada. Cuma sekarang ni aku nak tangkap gambar sampel2 yang penting je. Tapi kan, walaupun takde lab work aku still datang lab tiap kali nak buat jurnal writing sebabnya nanti boleh claim..=p..lagipun kalau aku ada confuse tentang result ni aku boleh terus check sampel tu guna microscope. So, takde la nak delay ke apa sebabnya bila delay benda2 macam ni nanti aku lupa plak... (owh, alasan tu kau)

Fuh, penat bercerita tentang apa yang aku buat sekarang ni. Dah lama tak menulis panjang lebar kat blog ni. Hari ni bersemangat la plak. Owh, tajuk takde kena mengena dengan entri. Tadi nak cerita pasal benda lain tapi tercerita pasal hal lain plak. Xpe la, korang baca je ek...hehe

*ini gambar minggu lepas..saja nak kasi korang tengok, pipi aku makin berisi kan..ehehe*
*sape yang rasa rindu aku jangan plak tatap gambar ni lama-lama nanti terjatuh cinta la plak ye (eww, perasan kau yek)=p*




3 comments:

Wani said...

geram tengok gambar tu sebab ada makanan yang sedap tuuu , haha

Quzie Fathihah said...

tu abc 3hengget kat kbmall...makan 3org pn xmampu nak abeskan...

A M E ! said...

alaahai , sedap nya laa ABC itu ! *drooling*