Followers

Wednesday, February 26, 2014

Resepi Daging Tempra

Alhamdulillah, berjaya jugak untuk masak daging tempra ni. Macam yang aku cakap resepi ni dari blog Dapur Tanpa Sempadan. Aku buat sikit je, dalam 200g daging, cukup la untuk sekali makan. Serius gigih aku bangun awal pagi ni untuk masak daging ni. hehe

Bahan-bahan

A)
Daging dihiris nipis dan dibersihkan
Bawang putih 1 ulas ditumbuk lumat
Halia ditumbuk lumat
Serbuk kunyit
Secubit garam
1/2 sudu teh gula

B) Untuk tumis dan hiasan
I biji bawang besar dihiris bulat
2 - 3 biji cili padi (bergantung pada korang kalau nak pedas sila tambah lagi)
Setengah biji cili merah
Hirisan daun bawang untuk hiasan (aku takda yang ni...hihi)

C)
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
1/3 cawan air (bergantung pada kuantiti daging korang)
1 sudu teh limau kasturi (sepatutnye limau nipis tapi takda so aku guna limau kasturi, boleh juga guna cuka makan
Secubit secukup rasa

Cara-caranya:

- Campur semua bahan A ke dalam daging dan gaul sehingga sebati. Lepastu  perap selama 30 minit (aku perap overnight sebab bahan-bahan aku sediakan sebelum tido dan bangun pagi ni baru aku masak).

- Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Bila dah panas, masukkan bawang besar, cili padi dan cili merah yang dah dihiris halus. Tumis sehingga naik bau. 

- Masukkan daging yang diperap ke dalam kuali dan masak dalam 5 - 9 minit, sehingga daging empuk. Sementara tu, korang campurkan semua bahan C tadi dan ketepikan.

- Bila daging dah empuk, masukkan bahan C dan kacau sehingga sebati. Kecilkan api dan reneh seketika. Aku tambah juga sedikit secukup rasa. Kalau taknak letak ni pun takpa.

- Dah nampak pekat dan sebati boleh matikan api dan hidangkan. Tabur hirisan daun bawang untuk hiasan. Selamat menjamu selera =))



p/s: aku terus masuk dalam tupperware je sebab nak bawak ke tempat kerja..tak sabar nak tunggu lunch nak makan daging tempra ni..hehe


Tuesday, February 25, 2014

Kerajinan Memasak

Ecece..Tajuk kemain kan. Bukan la nak kata rajin pun tapi hari-hari masak so kira rajin la kan. Haha. Aku ni jenis yang suka bawa bekal lunch datang kerja so boleh dikatakan setiap hari masak la. Faktor utama aku selalu bawa bekal lunch sebab nak jimat. Serius, memang menjimatkan bila bawa bekal pergi kerja. Ye la, kalau makan kat luar maunya dalam rm5 (paling min) kena keluarkan duit. Tapi kalau masak sendiri dan bawak bekal, tak sampai pun banyak tu. Macam aku la kan, beli lauk dengan sayur semua tu paling lekeh pun berbelas ringit je tapi mampu bertahan sampai 2 minggu. So memang menjimatkan. Selain tu, faktor lain ialah kafe tempat kerja aku ni makanan dia memboringkan dan kurang sedap. Hari-hari lauk sama je pastu tak banyak pilihan. So, better masak dan bawak bekal je la. Boleh jimat dan jugak boleh menajamkan skill memasak ni haa..haha

Apasal pepagi ni cakap pasal memasak? Sebabnya, aku baru lepas google resepi untuk memasak daging. Balik kampung hari tu, aku ada bawa daging. Sampa laa ni tak abes guna lagi. So, teringin pulak nak cuba resepi lain selain daging goreng, daging singgang tu aku google la. Eh, sebenarnya aku dah aim awal-awal nak p search resepi kat blog Mat Gebu sebab resepi dia semua best-best dan senang nak buat. Dan aku dah jumpa satu resepi daging ni yang aku rasa bahan-bahan untuk buat tu ada kat rumah. Nama dia daging tempra. Ni masakan baba nyonya rasanya. Tunggu aku buat dulu dan kalau menjadi baru aku share kat sini.


Kalau korang berminat jugak nak buat, boleh pergi ke blog Mat Gebu, Dapur Tanpa Sempadan
Jom kita pakat cuba reramai.



Monday, February 24, 2014

Dapatkan Royal Slim Lishuo Magic dengan harga diskaun



Ramai yang sms and wasap aku untuk order Royal Slim ni.
Alhamdulillah..
Dan ramai jugak yang tanya boleh dapat harga murah tak.
Okay, untuk makluman korang harga yang dijual adalah harga retail yang disyorkan oleh syarikat tapi aku tak cas postage. So kat situ korang dah memang jimat duet postage rm7 - rm9.
Kalo beli banyak mungkin boleh bagi diskaun n free postage, Insya Allah.

Haa, untuk hari ni dan esok korang boleh dapatkan harga diskaun untuk Royal Slim.
Price : RM100, free postage + free gift (stok terhad)
Jika berminat, sila sms or wasap aku di 0189180895.
Thank you.

Friday, February 21, 2014

DIY : Wedding Props

Sekarang ni baru ligat sikit dok fikirkan hal kawen. Yela, lagi berapa bulan je ni. Kan aku cakap nak DIY sendiri pelamin tu, so harapkan ia menjadi nanti. Pasal majlis nanti memang aku dah set awal2 tak nak grand2, just nak yang simple dan jimat. Kehidupan lepas kawen nanti yang perlu difikirkan, maklum lah pasti banyak duit yang diperlukan nanti. So, better bersedia awal2 dan sekarang ni aku cuba untuk berjimat selagi mampu.

Eh, yang orang dok guna props untuk tangkap gambar tu kiranya panggil wedding props la kan..ekekeke..Rasanye kalo yang sediakan photobooth memang benda ni ada. Tapi majlis aku nanti rasanye takde pun photobooth. Aku just sediakan props ni sekadar untuk suka-suka je. Just nak ada something yang boleh menambahkan kekreatifan and menceriakan majlis je..hahaha..

Aku ada search jugak dekat kedai2 online yang jual props ni tapi terkejut jugak, ada yang sampai ratus2. Yang murah yang aku jumpa rm45 untuk 10 props tu. Haish, mahal jugak tu. So, aku google kat internet pasal DIY props ni. Haa, banyak kot jumpa blog2 B2B yang DIY je. Caranya takde la susah sangat pun. Sample untuk props tu pun boleh search je kat google pastu print je. Humm, so bila benda senang ni boleh la buat sendiri je. Yes, boleh jimat jugak untuk benda ni. Kos untuk buat rasanye tak la mahal sangat. Design semua aku dah ada. Dah dekat dengan majlis nanti baru print out dan buat apa yang patut.

Antara contoh yang aku jumpa kat google:

Words macam ni boleh buat guna publisher je.



Nanti korang google je template untuk props macam ni.
Free je untuk download props ni.
Dokumen dalam bentuk pdf so lepas download print je la.


BRIM 3.0 dah masuk

Alhamdulillah...
Siapa yang memohon untuk BRIM 3.0 silalah check akaun masing-masing. 
Bermula hari ni, siapa2 yang berjaya permohonan ni,  duit akan terus dikreditkan ke akaun anda.
Tapi kalau anda check tp tak masuk, silalah bersabar ye.




Thursday, February 13, 2014

B2B

Ada dalam 5 bulan lebih lagi nak tukar status. Dan banyak lagi yang belum settle, act belum start pape pun lagi. Sekarang ni dok rajin baca blog b2b dan hasilnya, aku jadi blur dan lost. Banyaknye la benda yang nak kena dibuat. Tapi takpe, benda ni jadi sekali je dalam hidup. So kena la Keep Calm and Smile. Kihkihkih

List pasal apa yang kena buat tu semua dah ada tapi belum take action je. Bila dok jauh ni, memang susah sikit bab nak g survey n beli barang-barang ni. Bila la nak dapat kerja kat Selangor or KL ni. Aku memang tengah mencari kerja kat area Selangor and KL ni. Kalo dapat kat Shah Alam lagi bagus sebab dekat dengan bakal suami. Kalo ada kerja kosong kat company korang gtaw ye...hehe..Boleh wasap aku kat no ni 0189180895 or email je nurulquzie@gmail.com. Kalo takda rezeki, maybe aku akan try kat tempat kerja lama aku kat Shah Alam tu. Harap2 dorang masih sudi terima aku bekerja. Huhu

Feeling cam retisss je =p

Monday, February 10, 2014

Babies Blink Pinkish by Lyanaz


BABIES BLINK PINKISH


~ mengecilkan pori2 muka
~ mencerahkan 5x ganda dari agent pemutih
~ membantutkan naik jerawat/matikan jerawat
~ menghilangkan jeragat serta melembapkan kulit dan mengimbangkan minyak berlebihan!


KELEBIHAN UTAMA SET BABIES BLINK

-mengecilkan pori2 wajah
-mencerahkan 5x ganda dari agent pemutih
-menjadikan kulit cerah + pinkish
-melicinkan kulit secara maximum
-membantutkan kenaikan jerawat baru
-membantutkan pertumbuhan jerawat
-menghilangkan jeragat dalam 5 hari bergantng pada jenis jeragat
-melembapkan kulit seperti chewing gum
-mengimbangkan minyak berlebihan


KELEBIHAN SAMPINGAN PRODUK BABIES BLINK

**TIADA PENGELUPASAN
**TIADA BAHAN2 TERLARANG!
**PRODUK BUMIPUTRA
**1SET PENGGUNAAN 1 BULAN


1 SET MENGANDUNGI:


*GLUTACOLL SOAP
*ANTIBIOTIC DAY CREAM
*MAGIC NIGHT CREAM


Sila sms or wasap 0189180895 untuk pertanyaan dan pembelian.
Boleh jugak add saya di FB ye.