Followers

Saturday, April 24, 2010

xnak marah2 dah lepas ni...nak tahan je perasaan marah 2



Sifat Marah dan Kesannya

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w

" Wasiatkan kepadaku. " Sabda Baginda, " Jangan marah. " Kemudian beliau berulang kali bertanya. Sabda Baginda, " Jangan Marah "

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
 
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
 
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, walau berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahanya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ( ingatlah ), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
( Al-Imran ayat 134 )

                 15 Februari 2008

p/s : maaf pada semua if korang ada terasa hati ke dengan kata-kata aku..tulisan aku...perbuatan aku...hope, entri sblm ni entri last aku marah2 kat blog ni...pada anonymous yg berkenaan, ko wat la apa yang ko suka...aku malas nak layan ko...setiap yang kita lakukan, baik atau buruk, insyaallah ada balasannya kelak...

1 comment:

penyamOun_tokan said...

haiii salam perkenalan
http://tokanKaya.blogspot.com