Followers

Wednesday, May 11, 2011

Cubaan Pertama

Assalamualaikum..
Ini update adalah secara laju-laju...

Baru pulang dari gambang, percutian yang menyeronokkan bersama kawan-kawan...
Tapi entri ini bukan nak bercerita tentang percutian...
Tapi tentang ini...

Ini namanya bakul suratkhabar lama...
Dua bakul diatas adalah hasil buatan Wali dan Terk..
Dua-dua laki dan dorang punya bakat terpendam...
Boleh tahan hasil kerja dorang...

Dan ini hasil buatan aku...
Percubaan pertama, dan hasilnya tidak mengecewakan...


Sebelah kanan tu bakul yang Wali buat, kiut katanya...hahaha
Dulu, beberapa tahun yang lalu aku pernah cuba buat bakul ni tapi gagal sebab aku tak pandai nak gulung suratkhabar...
Tapi kali ni berjaya hasilkan bakul ni sebab guna suratkhabar yang sudah digulung...
Hanya perlu cantumkan ia menjadi bakul..huhu

Kisahnya begini...
Dalam perjalanan ke Gambang, kami singgah ke rumah makcik kepada kawan kami (Dhil) coz nak amek spupu dia...
Makcik ni kami panggil mak teh...
Waktu kami kat rumah dia, tika berborak kosong makteh kuarkan bakul yang belum siap untuk disudahkan..
Memula aku cam tak berminat nak tengok dia buat bakul ni...
Tapi sementara nak tunggu anak makteh bersiap, aku tnya lah sikit2 kat makteh ni cemana nak buat bakul tu..
Lagipun sebelum ni aku pernah try nak buat tapi tak jadi...
Alang2 dah tanya, makteh ajaklah aku blaja buat bakul ni...
Nampak macam rumit je tengok dia anyam suratkhabar tu jadi bakul..
Dan memang rumit la jugak...
Dari tengok je aku amek lah beberapa batang suratkhabar yang dah digulung...
Memula belajar nak buat tapak je...
Memang amek masa lah nak buat tapak bakul tu...
Bila tapak dah menjadi, semangat la plak nak siapkan bakul tu...
Alih-alih memang leka la dok menganyam bakul ni...
Menganyam sampai suratkhabar tu berbentuk bakul...
Sangat seronok buat bakul ni...
Tambah2 bila buat dengan kengkawan...
Kami (aku, wali nga terk) berlumba2 nak siapkan bakul ni...
Memasing dok bandingkan bentuk bakul memasing...
Bermacam bentuk ada...
Ada yang segiempat (terk), bulat (wali nga aku tapi bakul wali kecik n cute sikit dari bakul aku)...
Ada jugak yang tak mampu nak siapkan bakul...
Dorang buat separuh jalan je..huhu
Tapi at least dorang belajar la jugak cara nak buat bakul ni...
Dan kami stay kat umah makteh sampailah kami berjaya siapkan bakul ni...
Kami sampai dalam kul 7 lebih dan bakul berjaya disiapkan dalam kul 12 kot...
Dalam 3 jam gak nak siapkan satu bakul tu tapi puas hati la..
Sebab ini kali pertama kami buat dan bakul berjaya dihasilkan...
Lepas ni, sementara dapat kerja, bleh la aku belajar buat bakul lagi..
Boleh dijadikan hobi..
Lagipun, kos buat bakul ni tak tinggi..
Just perlukan suratkhabar, gam, gunting, lidi...
Kalau nak mencantikkan lagi bakul ni, boleh guna cat...
Dan kalau kreatif, mungkin boleh lukis-lukis kat bakul ni..
Untuk menampakkan lebih menarik...
So, pada yang bakal menganggur macam aku ni apakata korang try belajar buat bakul ni kalau berminat la...
Siapa tahu, mungkin korang bleh jual bakul ni..
Bleh dijadikan income sementara dapat kerja tetap kan...




2 comments:

Doctor on Duty- Siti Soleha said...

nak satu bakul..nak jual karipap..hehe.teringat hantu jual karipap..hehe

comel-comel..

Quzie Fathihah said...

k.sol, kalo bakul utk jual karipap kna la besar...mesti amek msa yg lama nak siapkan...huhu