Followers

Sunday, October 30, 2011

Sesi mengasah *anak tekak*

Semalam tengah kerja romate aku call tanya nak keluar ke tak malamnya...aku yang memang dah lama tingin nak keluar berjalan harus la setuju kan...so malamnya kami keluar pergi Summit...aku ajak jugak la kawan aku sorang join kitorang awalnya aku plan nak pergi cari pakaian untuk dinner dengan sandal untuk berjalan sekali sebab sandal lama aku sudah putus talinya...tapi disebabkan kami sampai kat mall tu pun dalam pukul 9 plus sekarang kan masih lagi dalam mood Deepavali so tak banyak la kedai yang buka...hurm, mood nak mencari pakaian dengan sandal terus luntur sebab banyak kedai tutup kan...aku dengan romate aku jalan separate kat sana...aku dengan kawan aku, romate aku dengan kawan-kawan dia  

Jalan punya jalan tak jumpa pun yang berkenan dihati...alih-alih bila dah bosan and penat berjalan, kawan aku suggest pergi KAROK!!!aku apa lagi la kan, terus setuju kau taw..aaawww, i kan memang suka karok even suara ke laut...hahaaha...murah beb kat sini...satu lagu singgit, bilik karok pun okey...puas hati la jugak karok kat sini...


*sesi pemilihan lagu...kawan aku semua lagu rock and aku semestinya ada dangdut kan...wink*


*lagu first mesti la secangkir madu merah...huahahah, mmg tak boleh miss lagu ni*


*terdiam jap bila suara tak sampai time nyanyi lagu Ella, Retak*


okey, ada masa semestinya aku terjah lagi tempat ni...



p/s: datang dan pergi silih berganti...

Saturday, October 29, 2011

Dah lama tak bagi gift kat mereka...





Ini last year punyer gift..actually takde la tiap-tiap tahun aku bagi hadiah kat my parents...bila ada rezeki lebih aku belikan la sumthing for them...hadiah ni aku siap pos ke rumah taw even kalau nak bagi byhand pun boleh tapi rasa macam nak ada kelainan sikit so aku pos la...hadiah beserta kad lagi tu...romantik tak saya?hahaha >_<


Wednesday, October 26, 2011

Berita Gembira

Assalamualaikum...

Syukur, dalam masa dua hari ni asek dapat berita gembira je even itu bukan la terjadi pada diri sendiri tapi as saudara mara tumpang la gembira sekaki kan...semalam dapat berita adik kesayangan saya bakal dapat teman hidup hujung bulan ni tapi bukan la teman hidup sebantal yer...dia bakal dapat kereta weh...ujung bulan ni sampai...wah, terasa kejelesan disitu...iye la kan, adik dulu yang dapat pakai kereta tapi takpe as kakak saya tumpang gembira la, nanti senang2 boleh menumpang kereta dia kan...dan berita seterusnya, tak lama lagi kazen saya sebelah ayah bakal dapat baby...alhamdulillah, nenek belah ayah akan dapat cucu kedua...lepas ni tunggu cucu seterusnya dari saya plak la ...ehek...I'Allah, kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta bila jodoh dah sampai kan...amin=)

Tuesday, October 25, 2011

Ego lelaki dan perempuan

Assalamualaikum...

Tadi kat opis tak banyak kerja so berborak je la jadinya...
bermacam topik yang dibincangkan dari topik pasal kursus kahwin hingga la masuk topik pasal ego ni...
aku kan dah pergi kursus kahwin so taw la sikit2 modul yang ada dalam kursus kahwin ni tapi ingat2 lupa je la kan sebab perginya pun tahun lepas kot...belom sempat nak praktik lagi ilmu yang dapat aritu so memang lupa la kan...yang tukang boraknya ada 3 orang termasuk aku...2 orang lagi tu laki...hurm, kalo dah adanya laki macam2 soalan la yang dorang tanya tambah tambah lagi pasal perempuan...jenuh aku nak menjawab...antara soalan yang ditanya, kenapa perempuan sekarang terlalu memilih?kenapa perempuan kalau ada dua pilihan antara lelaki yang bergaji seribu dengan bergaji 3ribu dorang akan pilih yang lelaki berhaji 3ribu??aish, banyak lagi kot dorang tanya...penat aku nak bagi jawapan...tapi aku jawab je la ikutkan apa yang aku pikirkan betol...nak jawab lebih2 lebih tak berani pulak...

Owh, bercakap pasal ego ni...kawan aku cakap tadi ego perempuan lebih tinggi dari lelaki...betol ke??aku nak iya kan pun, entah la...mungkin benar mungkin tidak...maybe bergantung pada orang tu kot...kalau nak dikatakan semua perempuan punya ego yang lebih tinggi dari lelaki tak jugak...kekadang lelaki pun egonya tinggi kan...tapi kan aku mengaku ego aku memang tinggi kot...hehe..korang pulak cemana?agak2 ego korang tinggi mane??huhu

Sunday, October 23, 2011

Uptown Shah Alam

Assalamualaikum...

Semalam lepas tengok bola terengganu VS selangor, kitorang (aku dengan housemates) pergi terjah uptown shah alam..ini plan yang tak dirancang...semuanya idea kak jun..dia yang tetiba ajak pergi jalan-jalan kat uptown, nak pergi cari pakaian untuk dinner...owh, ujung bulan ni ada annual dinner giant tapi aku tak rasa macam excited je nak pergi...nanti kalau terasa mood untuk pergi tu ada baru la aku pergi kalau tak melepak kat rumah je la..kitorang pergi satu kereta and yang jadi driver nye mesti la aku kan...hahaha...giler cuak kot nak drive memalam kat tempat asing ni...bertawakal je la harap-harap perjalanan pergi dan balik selamat...aku ni dah la lama tak drive, kalau tak silap dah berbulan kot tak drive...alhamdulillah semuanya okey, kami pun selamat sampai rumah...kalau tak mesti aku tak update blog ni kan...heee=)

Orang memang ramai kat uptown tambah-tambah orang gomen dah dapat gaji kan...bersesak la jugak nak berjalan tu...terlanggar bontot tu mesti kalau kau tak pandai nak elak kan...hahaha...macam-macam kot barang yang dijual kat sana...beg-beg pun cantik-cantik okey..tapi aku hanya mampu pandang dari jauh je, tunggu ujung bulan ni baru gaji...tapi tapi tapi aku beli la jugak sumthing untuk diri sendiri..aku beli kemeja (oh, aku memang suka pakai kemeja sekarang) kaler hijau lumut...bagi aku kaler ni cantik...mulanya nak cari warna merah tapi bila jumpa kedai yang harga murah tapi kaler merah dah abes so rembat je la jugak kaler lain...yang penting dapat la selai kemeja kan...lain kali nak pergi lagi la, nak merembat beg pulak..huhu...semalam pun sempat la jugak survey jersi..saja nak bandingkan kualiti dan harga jersi yang aku jual...hurm, kat uptown harga selai jersi ada la dalam rm60++ tu pun gred AAA...tapi tak semua kedai aku sempat survey...ye la kan, kami ni perempuan so barang yang berkaitan perempuan la yang lebih menarik minat kami...ahahaha..

Okey la, nak sambung setlekan kerja rumah...hari ni cuti so plan nak kemas rumah...sat gi nak melayan bini-biniku gangster pulak..nak keluar rasa macam malas je...nak rehatkan badan kat rumah je la..=)


p/s: entri tak bergambar sebab mood bergambar dah makin kurang...ye la, time belajar dulu ada geng yang suka sangat snap picture so boleh menumpang muka...tapi sekarang dah tak de kot or maybe aku yang kena jadi macam tu plak kn...ok, see u then...wassalam


Friday, October 21, 2011

Jersey for SALE....


Assalamualaikum...
Okey, kali ni lupakan misi yang macam taknak jalan je tu...hehe
Untuk makluman korang, sekarang ni aku ada buat jualan jersi secara kecil-kecilan melalui FB...
Jersi yang aku jual ada gred AAA, super A dan original...
Kualiti memang dijamin BAIK punyer...
Kalau korang berminat untuk beli boleh order dengan aku ye...
Kat bawah ni ada beberapa contoh jersi...



ADIDAS LIVERPOOL AWAY ORIGINAL



ADIDAS LIVERPOOL HOME ORIGINAL


MANCHESTER UNITED AWAY GRED AAA


TRAINING KIT Gred AAA



dan banyak lagi jersi club EPL dan Malaysia yang ada...
korang boleh check kat FB aku...
harga dah aku kepilkan sekali kat gambar2 jersi tu...




pada yang berMINAT or nak tanya pape boleh PM aku or just leave ur comment kat entri ni...
thanx =)

Monday, October 17, 2011

Day 7 : The Thing

Assalamualaikum...

Ahad cuti tak kerja so merewang la kan...biasa dok rumah je tapi kali ni ada teman nak pergi berjalan so apa lagi peluang keemasan jangan dilepaskan..heee...tadi pergi tengok wayang cerita The Thing..hurm, boleh tahan la cerita ni tapi macam tergantung je ending dia...ni mesti ada sambungan lagi..

Check out the Norwegian Research Camp from The Thing Prequel

Synopsis
"Antarctica: an extraordinary continent of awesome beauty. It is also home to an isolated outpost where a discovery full of scientific possibility becomes a mission of survival when an alien is unearthed by a crew of international scientists. The shape-shifting creature, accidentally unleashed at this marooned colony, has the ability to turn itself into a perfect replica of any living being. It can look just like you or me, but inside, it remains inhuman. In the thriller THE THING, paranoia spreads like an epidemic among a group of researchers as they’re infected, one by one, by a mystery from another planet. Paleontologist Kate Lloyd (Mary Elizabeth Winstead) has traveled to the desolate region for the expedition of her lifetime. Joining a Norwegian scientific team that has stumbled across an extraterrestrial ship buried in the ice, she discovers an organism that seems to have died in the crash eons ago. But it is about to wake up. When a simple experiment frees the alien from its frozen prison, Kate must join the crew’s pilot, Carter (Joel Edgerton), to keep it from killing them off one at a time. And in this vast, intense land, a parasite that can mimic anything it touches will pit human against human as it tries to survive and flourish."


Okey, sinopsis kopipes je ek...nak taip pepanjang tak larat...penat sangat ni..nak tido sebab esok masuk kerja kul 7..kalau menyempat nanti aku kasi sinopsis aku sendiri...kalau rajin la kan =p

Sunday, October 16, 2011

Day 4, 5 n 6

Busy dengan kerja sampai kan tak menyempat nak update...sekarang ni memang busy sebab kitorang dah nak stock take, so aku kena tolong staf staf lain buat apa yang patut..lagipun minggu ni aku masuk kerja jam 7, malam memang tido awal...masa itu ada tapi bila badan kepenatan mood nak update memang hilang..


Semalam lepas tolong staf lain buat kerja aku ikut dorang pergi tengok bola kat kedai mamak...seronok wei tengok bola ramai-ramai..biasa kat rumah ni akak akak tak layan bola, so aku sesorang je la tengok..tak best...tapi bila tengok reramai memang syok gitu...semalam kan liverpool vs MU...aku sokong liverpool...first gol liverpool yang score, wah memang happy tapi minit 81 MU plak score...terdiam kejap sebab ingatkan liverpool akan menang game semalam...tapi xpe, dorang seri je atleast dpt 1 point...erk, btol la kan 1 point...aku xpandai sgt bab2 cenggini yang aku taw tengok dorang main je...hahaha


Owh, arini ni aku off..biasa dok rumah je tapi arini ada plan...nak pergi tonton wayang..huhu...dah lama tak jejakkan kaki ke panggung wayang...tak pasti nak tengok cerita apa tapi kawan aku nak tengok cerita The Thing...best ke wei cerita tu??kena tengok dulu la baru taw best ke tak...okey la, jumpa lagi malam nanti, itupun kalau aku sempat mengupdate blog..see u guys =)


Wednesday, October 12, 2011

Day 3: Kekeliruan







Susahkan bila tak boleh nak tetapkan hati ni pada yang itu je...
Mungkin sebab ada banyak pilihan itu yang susahnye...
Bukan la nak memilih ke apa...
Tapi kalau boleh nak dapatkan yang terbaik...
Maklum la sesuatu yang bukan boleh dibuat main-main...
Takkan nak pilih membabi buta pulak kan...
Hanya mampu berdoa dan berharap agar pilihan yang dibuat itu tepat, InsyaAllah...

Tuesday, October 11, 2011

Day 2 : Kerja semata =p

Assalamualaikum

Harini dilalui macam biasa...tapi kat opis tadi agak bengang dengan sorang minah yang bajet bagus la sangat...serius bengang tahap gaban dah tadi...sampai kan aku dok sumpah seranah dia sorg2...haha..jahat okey tapi tu je la yang mampu..lepas sumpah seranah tu baru teringat untuk beristigfar redakan hati yang nak marah ni...adoi...minah ni mmg suka mengspoilkan mood aku je...lempang kan baru taw...haha bajet berani je la kan...staf-staf lain pulak sibuk doh suruh aku pergi apply mintak jadi MT aka management traineer kat HQ..sampaikan ada yang nak tolong bawak pergi HQ jumpa HR kat situ...I'Allah ada masa nanti aku pergi la jumpa orang berkenaan mintak tukar jadi MT plak...dorang ni mesti taknak aku blah dari Giant...huhu..yela kan, kalo dapat jadi MT gaji bleh tahan tu...bile gaji ok mesti aku kerja lama kat Giant..heeee=p

Sejak kerja ni aku jarang amek berat pasal makan minum...nak kata aku ni workaholic (bantai je eja perkataan ni...huu) tak la jugak tapi biasanya aku akan siapkan kerja aku dulu before keluar makan...kalau tika kerja bertimbun  memang tak sempat makan la aku...kekadang sampai kena paksa dengan opismate suruh pergi makan...hehe..tapi bila kerja tak banyak and punya banyak masa lapang, haa time ni memang bantai makanan je kerja nya...perut asek lapar je..haha...macam macam la kan yang dilalui...


Monday, October 10, 2011

Day 1

Assalamualaikum...

Okey, seperti yang dijanjikan pagi tadi, malam ni bermulanya hari pertama Misi 30 Hari..Untuk first day ni aku rasa lebih baik aku bagi mukadimah je dulu yakni serba sedikit tentang kelangsungan hidup aku buat masa ni...Yela kan, dah lama tak berkongsi cerita dengan korang kalo hari pertama ni aku terus cerita je mesti korang tertanya-tanya pulak..So untuk tidak menyusahkan korang dan untuk menyenangkan aku tak salah kiranya aku ceritakan serba sedikit dahulu tentang apa yang aku buat masa kini..

Mula mula meh la aku ceritakan tentang karier aku sekarang (mak aih, karier la sangat kan...=P)..Untuk pengetahuan korang aku kan dah tak bergelar pelajar, baru je lepas graduate bulan lepas..Sekarang ni musim aku mencari kerja..Tapi buat masa sekarang aku kerja dekat opis Giant Hypermarket Shah Alam Stadium (kalau free mai la melawat aku kat sini ye) as IT Receiving Clerk..Kerja takde klass sangat tapi aku suka dengan kerja ni sebab banyak main dengan nombor..huhu..Aku kan memang suka nombor..Dah sebulan aku kerja kat sini..Suasana kerja pun boleh tahan..Staf-staf lain pun best..Kalau kat department aku ni kitorang tak ramai pun tapi staf dari department lain suka benor melepak kat opis kitorang..Kiranya opis kitorang ni jadi tempat lepak la jugak..Hehehe...

Cukup pasal karier, so seterusnya nak bercerita pasal apa ye?Hurmmm....percintaan??Hahahahahaaha...Ok maaf, aku gelak dulu la sebab bagi aku buat masa sekarang ni rasanye aku masih single and available..Seriously walaupun dengan umur sekarang ni aku masih belom dapat memikirkan tentang masa hadapan cinta aku...Hahaha, agaknya belum masanya lagi..Kan aku dah tetap umur untuk nikah paling awal pun 25 tahun tapi kalau jodoh dah sampai awak aku terima je...Hekhekhekhek =P

Rasanye cukup sampai sini la dulu ye...I"Allah kalau ada kesempatan aku sambung lagi esok..Selamat Malam..Assalamualaikum









love,
QF


Misi 30 Hari

Assalamualaikum...
Selamat Pagi sayangku sekalian =p

aku tengah menonton cerita 30 hari mengenali cinta kat astro ria...
tetiba terpikir la plak...
sekarang ni kan kemalasan aku untuk update blog berada di tahap maximum so aku terpikir kalo aku buat satu benda iaitu misi 30 hari yakni tiap tiap hari selama sebulan ni aku akan update blog tak kesah la pasal apa yang penting blog terupdate...
hurm...minta-minta bukan hangat-hangat taik lembu la kan...hahaha
mana la taw bila dalam sebulan ni aku mampu update blog tiap-tiap hari, mungkin lepas ni aku akan makin rajin update kan...
okey, aku mulakan misi ni hari ni tapi entri ni tak kira la...
mungkin aku mulakan misi ni malam ni...
so, see u guys soon...
nak bersiap pergi kerja plak...
tata
*_*










with love,
quzie

Saturday, October 1, 2011

hey uols!!




Aku dah open my blog to everyone...malaih eh nak private2...bukan bermakna aku dah rajin nak update tp kesian kat sape2 yang nak baca blog aku yang tak seberapa ni...kesian kat stalker2 yang nak taw pasal perkembangan aku kan (perasan okey...)...nway, sekarang ni dah banyak benda yang berlaku dalam hidup aku..ada masa and kerajinan aku cerita la ek..ok, see uolls next time...

Assalamualaikum