Followers

Tuesday, July 7, 2009

nak baca pasal sejarah x??

salam..

pe ke hal nye la tetiba nak bercerita pasal sejarah ni??sebenarnya, saya saje nak kongsi dengan korang..bukan sejarah Malaysia..tapi sejarah MU..Manchester United??..hehe..bukan la..Manek Urai..mesti korang selalu dengar pasal Manek Urai kn??ye la..sekarang ni kan tengah sibuk nak mengundi kat MU 2..oppss..lupa plak nak gtaw..Mu 2 tempat tumpahnya darahku..huhu..act 2 kampung saya..kalo korang ada baca paper berita harian semalam mesti korang ada terbaca pasal sejarah MU..artikel ni saya copy dari berita harian je..saja nak letak kat blog ni..mana le taw korang xsempat baca semalam..so, boleh la kalo nak tambah pengetahuan korang ek..selamat membaca ('-')

Manek Urai sempena nama penduduk awal

KUALA KRAI: Kawasan Manek Urai yang menjadi tumpuan kerana dijadualkan berdepan pilihan raya kecil pada 14 Julai ini, dipercayai mendapat nama sempena seorang penduduk awal yang membuka kampung itu, hampir 80 tahun lalu. Mengikut beberapa penduduk lama di Manek Urai, penduduk awal yang dikenali sebagai Mak Nik Urai, dikatakan berasal daripada utara Kelantan, datang memugar dan membuka kampung itu selepas menyusuri sungai dengan perahu. Memandangkan kampung itu masih tidak bernama, penduduk memberi namanya sebagai Kampung Mak Nik Urai, yang kemudian bertukar kepada panggilan Manek Urai, yang ada sekarang.

Waris Mak Nik Urai yang juga generasi ketiga keturunannya, Tijah Awang Long, 63, yang ditemui di kampung itu semalam, mendakwa Kampung Manek Urai asalnya terletak lokasi Kampung Pasir sekarang. "Bagaimanapun, nama kampung itu dipindahkan untuk menggantikan nama Kampung Kederang yang menjadi lokasi Kampung Manek Urai ketika ini, pada sekitar 1940-an," katanya. Suami Tijah, Mat Akib Ab Rahman, 83, berkata selain nama Mak Nik Urai, ada sumber lain mendakwa nama kampung itu diberikan berikutan banyak burung murai mencari makan di kawasan beting pasir di tepi sungai kampung berkenaan.

Ketika zaman komunis, Kampung Manek Urai Lama dijadikan penempatan semula penduduk dari kampung terpencil sekitarnya, manakala pada 1955, kawasan seluas 16.76 hektar persegi diwartakan sebagai kawasan Majlis Tempatan Manek Urai yang kini dimasuk ke dalam Majlis Daerah Dabong. Pada 1979, Kampung Manek Urai mempunyai seramai 2,772 orang penduduk yang mendiami kira-kira 600 buah rumah, yang sebahagian besarnya bekerja sebagai penoreh getah, petani dan pengusaha dusun serta bekerja dengan kegiatan pembalakan. Kedudukan muka buminya yang rendah iaitu terletak di Lembah Sungai Lebir menyebabkan penduduk terbabit tidak terlepas daripada ancaman banjir yang melanda kawasan itu hampir setiap tahun. Banjir paling buruk melanda perkampungan itu pada 1979, iaitu hampir keseluruhan kawasan Manek Urai ditenggelami air yang menyebabkan 2,254 penduduknya ketika itu terpaksa dipindahkan.

Bagi mengatasi masalah itu, Menteri Besar ketika itu, Datuk Mohamad Yaacob (kini Tan Sri) dan Ahli Parlimen Ulu Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga Menteri Kewangan ketika itu mengambil inisiatif menyediakan kawasan seluas 156.4 hektar Ladang Tanjung Batu di sini, yang dibangunkan sebagai lot perumahan dikenali sebagai Manek Urai Baru, untuk penempatan semua penduduk Manek Urai Lama yang terjejas banjir. Penduduk Manek Urai Lama dan Baru menikmati banyak kemudahan asas terutama yang membabitkan projek kesejahteraan rakyat termasuklah pembinaan jambatan merentangi Sungai Lebir menghubungkan dua kampung terbabit, jalan kampung berturap, sekolah kebangsaan dan menengah, masjid, madrasah, tadika, klinik kesihatan dan perpustakaan desa. Penubuhan beberapa buah agensi bukan saja turut membangunkan kawasan kampung itu malah memberi kemudahan kepada penduduk untuk berurusan, antaranya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil (Risda) dan balai polis. Seorang bekas pesalah yang menjalani hukuman buang daerah di kampung itu, Ali Othman, 85, berkata memandangkan pelbagai kemudahan yang dinikmati itu, beliau membuat untuk terus menetap di kampung berkenaan selepas hukuman terhadapnya berakhir.

3 comments:

DarkArtz said...

kalau situ kampung halaman kau, kau tak balik mengundi ke???
kau kan dah tua, silap, kau kan dah 21 tahun...........
hehehe........

Miss Q said...

mesti la balik..huhu..aku blk ptg kamis..tapi mengundi 14hb..xsggp aku nk ponteng kelas..lgpn aku xdftr pn lg..hihi

^^ PinKy_FuNKy ~~ said...

ouh..bru ku tawu..tnx 4 d info..