salam..
Hari raya haji@korban@aidiladha dah berlalu..seperti yang korang sedia maklum dan bagi yang belum dimaklumkan, hari raya aidiladha sememangnya paling meriah di kelantan berbanding dengan hari raya aidilfitri..kemeriahan itu dapat dirasakan bila anda turun berganding bahu bersama-sama sanak saudara, jiran tetangga mengerjakan lembu..bukan mendera tapi sama2 menyiang dan melapah lembu..tapi selama aku hidup ni aku belum pernah lagi pergi ke tempat penyembelihan lembu korban..almaklum la kan, anak dara..tugas aku hanya lah bersiap sedia di rumah menyambut tetamu dan sediakan apa yang patut untuk menjamu tetamu..tapi yang masak memasak itu adalah mak aku..so, aku hanyalah menghidangkan makanan..huhu..
Tapi raya tahun ni tak semeriah mana bagi aku..tak seperti tahun2 lalu..seperti yang sudah tertera di tajuk entri aku ni..aku memang tak beraya tahun ni..baju raya pun aku tak pakai..pakaian aku di pagi raya hanyalah tshirt dan kain aje..tak taw la kenapa tahun ni aku jadi malas nak bergaya di pagi raya..tak ada mood la..baju,tudung semua dah siap b'iron tapi aku malas nak pakai..lagipun tahun ni tak ramai sanak saudara aku yang balik kampung..so, tak ramai la orang kat rumah aku..kalau tahun2 lepas rumah aku memang riuh rendah sebab ramai yang balik..tahun ni semua ada kerja so tak boleh balik kampung..
Yang paling tak best nye, hormon kemarahan aku memang tinggi di pagi raya 2..bukan pagi je..sampai hari raya kedua..almaklum la kan, pompuan ni ada pasang surut nye..bila bendera merah muncul,huh habis la..hormon tak stabil..semua orang jadi mangsa kemarahan aku..yang peliknya, sensitif betul aku pagi raya 2..bila adik2 aku bising sikit je aku terus marah2..kesian gak kat dorang..memang teruk dorang kena hari itu..aku marah memanjang je..hari 2 dorang asyik kena tengking dengan aku je..agak nya la, kalo dikira lebih 2o kali aku tengking dan marah dorang..memang kesian kat dorang..tapi hari lain aku ok je dengan dorang..hari 2 je mood tak menentu..sory ye adik2ku cayang*-*
No comments:
Post a Comment