~boleh kukira berapa kali je aku pernah luahkan perasaan, bercerita tentang masalah aku. bukan senang untuk aku percayakan seseorang untuk dijadikan tempat mengadu domba, tempat bercerita segala masalah. mak ayah aku pun jarang aku berkongsi cerita. mungkin tidak mahu membebankan mereka dengan masalah aku. kekadang adikku menjadi tempat mengadu tapi nada yang aku gunakan hanyalah nada gurauan. tidak pernah aku menangis di depan mereka. sebagai kakak aku ingin menjadi seorang yang kuat mental emosi fizikal di depan mereka. tapi bila hati dah tak terdaya menanggung, beban yang tersimpan perlu diluahkan. blog ini bukan satu tempat yang sesuai untuk aku coretkan tentang masalah dan meluahkan perasaan aku. memang blog ini blog peribadi tapi bila pembacanya adalah rakan taulan yang dekat denganku maka sukar bagi aku untuk mencurahkan segalanya di sini. sebenarnya apa yang aku coretkan di sini telah aku pikir kesannya kelak. teringin juga untuk menulis ketidakpuasan hati tentang seseorang atau tentang sesuatu tetapi mereka mungkin salah seorang yang membaca blog ini. jadi tidak mungkin aku akan luahkan di sini. hati mereka perlu dijaga. ahh. jika aku asyik menjaga hati mereka, hati ini siapa pula yang mahu jaga????
~sememangnya dengan meluahkan perasaan, bercerita tentang masalah dengan seseorang mampu meringankan beban yang ditanggung. aku tak nafikan itu. syukur aku jumpa seorang yang boleh aku percayai, seorang yang boleh aku kongsikan cerita dan masalah. dan kepada beliau aku bercerita tentang masalah dan kerumitan yang aku hadapi. beliau setia mendengar. beliau juga banyak menasihati aku dalam segala hal. aku juga tidak segan untuk berkongsi tentang masalah aku dengan beliau. tatkala aku menyatakan airmata aku jatuh lagi, beliau tidak putus2 menasihati supaya banyakkan bersabar. banyakkan membaca quran, jiwa pasti tenang. alhamdulillah, tiap masalah dan dugaan yang datang aku mampu tangani.
~pedih, perit, sakit. bukan sesuatu yang indah untuk dirasakan. tapi ia membantu mendewasakan aku menjadi seorang perempuan yang berjiwa kental, yang tidak mudah gentar. insyaallah, akan ku tempuh dan hadapi ujian dan dugaan dariNya dengan penuh sabar. sesungguhnya tiap yang berlaku ada hikmahnya. aku percaya pada kata-kata itu.
~kawan, sahabat, teman. walau serapat mana hubungan kita, aku mungkin tidak akan menceritakan tentang masalah aku. bukan tidak mahu berkongsi tapi untuk aku mempercayai seseorang mengambil masa yang lama. tidak bermakna aku tidak mempercayai kalian tapi banyak yang harus aku pertimbangan sebelum berdaya meluahkan apa yang terbuku di hati dan berkongsi bersama kalian. andai kalian membaca apa yang tertulis ini, jangan terkilan. kalian kawan, sahabat dan teman yang sentiasa aku utamakan. yang sentiasa aku sayangi. aku mohon biarlah apa yang tertulis di sini berakhir di sini jugak. tak usah la di ungkitkan di dunia luar. biar ia terpahat di alam maya ini saja. kawan, sahabat, teman, aku mohon maaf jika perilaku aku beberapa hari ini mungkin membuatkan kalian tidak senang. aku lebih suka mendiamkan diri andai diri ini berselubung dengan masalah. mungkin perilaku aku tidak seperti dulu. aku butuh waktu untuk kembali menjadi seperti dulu. tapi aku yakin masa yang diperlukan tidaklah terlalu lama. aku harap kalian boleh bersabar dengan tingkah aku tika ini. maafkan aku=))
No comments:
Post a Comment