Followers

Thursday, November 17, 2011

Pakej Lengkap



DEMAM


SELSEMA




BATUK


pergi klinik dapat MC 1 hari dan ubat-ubatan so semalam tak bekerja la saya tapi masih busy meng'setlekan hal-hal lain...doktor kasi banyak ubat tapi kalau time kerja takkan la nak telan ubat selsema dengan batuk kan?nanti tak pasal2 berdengkur kat atas meja...heee *buat muka comel*
demam dah beransur cuma batuk dengan selsema je masih tak baik...doakan saya cepat sihat je, nanti boleh bekerja dengan selesa dan tekun dan lebih rajin*target tahun depan dapat best employee itupun kalau masih kerja kat sini la kan*
ok, itu saja kot aduan saya untuk anda...
selamat malam sayang!!!


p/sI  : mungkin ini pilihan yang tepat
p/sII : masing-masing membusykan diri, tunggu esok la baru update cerita masing-masing =)

Wednesday, November 16, 2011





p/s: yang mana satu??

Sunday, October 30, 2011

Sesi mengasah *anak tekak*

Semalam tengah kerja romate aku call tanya nak keluar ke tak malamnya...aku yang memang dah lama tingin nak keluar berjalan harus la setuju kan...so malamnya kami keluar pergi Summit...aku ajak jugak la kawan aku sorang join kitorang awalnya aku plan nak pergi cari pakaian untuk dinner dengan sandal untuk berjalan sekali sebab sandal lama aku sudah putus talinya...tapi disebabkan kami sampai kat mall tu pun dalam pukul 9 plus sekarang kan masih lagi dalam mood Deepavali so tak banyak la kedai yang buka...hurm, mood nak mencari pakaian dengan sandal terus luntur sebab banyak kedai tutup kan...aku dengan romate aku jalan separate kat sana...aku dengan kawan aku, romate aku dengan kawan-kawan dia  

Jalan punya jalan tak jumpa pun yang berkenan dihati...alih-alih bila dah bosan and penat berjalan, kawan aku suggest pergi KAROK!!!aku apa lagi la kan, terus setuju kau taw..aaawww, i kan memang suka karok even suara ke laut...hahaaha...murah beb kat sini...satu lagu singgit, bilik karok pun okey...puas hati la jugak karok kat sini...


*sesi pemilihan lagu...kawan aku semua lagu rock and aku semestinya ada dangdut kan...wink*


*lagu first mesti la secangkir madu merah...huahahah, mmg tak boleh miss lagu ni*


*terdiam jap bila suara tak sampai time nyanyi lagu Ella, Retak*


okey, ada masa semestinya aku terjah lagi tempat ni...



p/s: datang dan pergi silih berganti...

Saturday, October 29, 2011

Dah lama tak bagi gift kat mereka...





Ini last year punyer gift..actually takde la tiap-tiap tahun aku bagi hadiah kat my parents...bila ada rezeki lebih aku belikan la sumthing for them...hadiah ni aku siap pos ke rumah taw even kalau nak bagi byhand pun boleh tapi rasa macam nak ada kelainan sikit so aku pos la...hadiah beserta kad lagi tu...romantik tak saya?hahaha >_<


Wednesday, October 26, 2011

Berita Gembira

Assalamualaikum...

Syukur, dalam masa dua hari ni asek dapat berita gembira je even itu bukan la terjadi pada diri sendiri tapi as saudara mara tumpang la gembira sekaki kan...semalam dapat berita adik kesayangan saya bakal dapat teman hidup hujung bulan ni tapi bukan la teman hidup sebantal yer...dia bakal dapat kereta weh...ujung bulan ni sampai...wah, terasa kejelesan disitu...iye la kan, adik dulu yang dapat pakai kereta tapi takpe as kakak saya tumpang gembira la, nanti senang2 boleh menumpang kereta dia kan...dan berita seterusnya, tak lama lagi kazen saya sebelah ayah bakal dapat baby...alhamdulillah, nenek belah ayah akan dapat cucu kedua...lepas ni tunggu cucu seterusnya dari saya plak la ...ehek...I'Allah, kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta bila jodoh dah sampai kan...amin=)

Tuesday, October 25, 2011

Ego lelaki dan perempuan

Assalamualaikum...

Tadi kat opis tak banyak kerja so berborak je la jadinya...
bermacam topik yang dibincangkan dari topik pasal kursus kahwin hingga la masuk topik pasal ego ni...
aku kan dah pergi kursus kahwin so taw la sikit2 modul yang ada dalam kursus kahwin ni tapi ingat2 lupa je la kan sebab perginya pun tahun lepas kot...belom sempat nak praktik lagi ilmu yang dapat aritu so memang lupa la kan...yang tukang boraknya ada 3 orang termasuk aku...2 orang lagi tu laki...hurm, kalo dah adanya laki macam2 soalan la yang dorang tanya tambah tambah lagi pasal perempuan...jenuh aku nak menjawab...antara soalan yang ditanya, kenapa perempuan sekarang terlalu memilih?kenapa perempuan kalau ada dua pilihan antara lelaki yang bergaji seribu dengan bergaji 3ribu dorang akan pilih yang lelaki berhaji 3ribu??aish, banyak lagi kot dorang tanya...penat aku nak bagi jawapan...tapi aku jawab je la ikutkan apa yang aku pikirkan betol...nak jawab lebih2 lebih tak berani pulak...

Owh, bercakap pasal ego ni...kawan aku cakap tadi ego perempuan lebih tinggi dari lelaki...betol ke??aku nak iya kan pun, entah la...mungkin benar mungkin tidak...maybe bergantung pada orang tu kot...kalau nak dikatakan semua perempuan punya ego yang lebih tinggi dari lelaki tak jugak...kekadang lelaki pun egonya tinggi kan...tapi kan aku mengaku ego aku memang tinggi kot...hehe..korang pulak cemana?agak2 ego korang tinggi mane??huhu

Sunday, October 23, 2011

Uptown Shah Alam

Assalamualaikum...

Semalam lepas tengok bola terengganu VS selangor, kitorang (aku dengan housemates) pergi terjah uptown shah alam..ini plan yang tak dirancang...semuanya idea kak jun..dia yang tetiba ajak pergi jalan-jalan kat uptown, nak pergi cari pakaian untuk dinner...owh, ujung bulan ni ada annual dinner giant tapi aku tak rasa macam excited je nak pergi...nanti kalau terasa mood untuk pergi tu ada baru la aku pergi kalau tak melepak kat rumah je la..kitorang pergi satu kereta and yang jadi driver nye mesti la aku kan...hahaha...giler cuak kot nak drive memalam kat tempat asing ni...bertawakal je la harap-harap perjalanan pergi dan balik selamat...aku ni dah la lama tak drive, kalau tak silap dah berbulan kot tak drive...alhamdulillah semuanya okey, kami pun selamat sampai rumah...kalau tak mesti aku tak update blog ni kan...heee=)

Orang memang ramai kat uptown tambah-tambah orang gomen dah dapat gaji kan...bersesak la jugak nak berjalan tu...terlanggar bontot tu mesti kalau kau tak pandai nak elak kan...hahaha...macam-macam kot barang yang dijual kat sana...beg-beg pun cantik-cantik okey..tapi aku hanya mampu pandang dari jauh je, tunggu ujung bulan ni baru gaji...tapi tapi tapi aku beli la jugak sumthing untuk diri sendiri..aku beli kemeja (oh, aku memang suka pakai kemeja sekarang) kaler hijau lumut...bagi aku kaler ni cantik...mulanya nak cari warna merah tapi bila jumpa kedai yang harga murah tapi kaler merah dah abes so rembat je la jugak kaler lain...yang penting dapat la selai kemeja kan...lain kali nak pergi lagi la, nak merembat beg pulak..huhu...semalam pun sempat la jugak survey jersi..saja nak bandingkan kualiti dan harga jersi yang aku jual...hurm, kat uptown harga selai jersi ada la dalam rm60++ tu pun gred AAA...tapi tak semua kedai aku sempat survey...ye la kan, kami ni perempuan so barang yang berkaitan perempuan la yang lebih menarik minat kami...ahahaha..

Okey la, nak sambung setlekan kerja rumah...hari ni cuti so plan nak kemas rumah...sat gi nak melayan bini-biniku gangster pulak..nak keluar rasa macam malas je...nak rehatkan badan kat rumah je la..=)


p/s: entri tak bergambar sebab mood bergambar dah makin kurang...ye la, time belajar dulu ada geng yang suka sangat snap picture so boleh menumpang muka...tapi sekarang dah tak de kot or maybe aku yang kena jadi macam tu plak kn...ok, see u then...wassalam


Friday, October 21, 2011

Jersey for SALE....


Assalamualaikum...
Okey, kali ni lupakan misi yang macam taknak jalan je tu...hehe
Untuk makluman korang, sekarang ni aku ada buat jualan jersi secara kecil-kecilan melalui FB...
Jersi yang aku jual ada gred AAA, super A dan original...
Kualiti memang dijamin BAIK punyer...
Kalau korang berminat untuk beli boleh order dengan aku ye...
Kat bawah ni ada beberapa contoh jersi...



ADIDAS LIVERPOOL AWAY ORIGINAL



ADIDAS LIVERPOOL HOME ORIGINAL


MANCHESTER UNITED AWAY GRED AAA


TRAINING KIT Gred AAA



dan banyak lagi jersi club EPL dan Malaysia yang ada...
korang boleh check kat FB aku...
harga dah aku kepilkan sekali kat gambar2 jersi tu...




pada yang berMINAT or nak tanya pape boleh PM aku or just leave ur comment kat entri ni...
thanx =)

Monday, October 17, 2011

Day 7 : The Thing

Assalamualaikum...

Ahad cuti tak kerja so merewang la kan...biasa dok rumah je tapi kali ni ada teman nak pergi berjalan so apa lagi peluang keemasan jangan dilepaskan..heee...tadi pergi tengok wayang cerita The Thing..hurm, boleh tahan la cerita ni tapi macam tergantung je ending dia...ni mesti ada sambungan lagi..

Check out the Norwegian Research Camp from The Thing Prequel

Synopsis
"Antarctica: an extraordinary continent of awesome beauty. It is also home to an isolated outpost where a discovery full of scientific possibility becomes a mission of survival when an alien is unearthed by a crew of international scientists. The shape-shifting creature, accidentally unleashed at this marooned colony, has the ability to turn itself into a perfect replica of any living being. It can look just like you or me, but inside, it remains inhuman. In the thriller THE THING, paranoia spreads like an epidemic among a group of researchers as they’re infected, one by one, by a mystery from another planet. Paleontologist Kate Lloyd (Mary Elizabeth Winstead) has traveled to the desolate region for the expedition of her lifetime. Joining a Norwegian scientific team that has stumbled across an extraterrestrial ship buried in the ice, she discovers an organism that seems to have died in the crash eons ago. But it is about to wake up. When a simple experiment frees the alien from its frozen prison, Kate must join the crew’s pilot, Carter (Joel Edgerton), to keep it from killing them off one at a time. And in this vast, intense land, a parasite that can mimic anything it touches will pit human against human as it tries to survive and flourish."


Okey, sinopsis kopipes je ek...nak taip pepanjang tak larat...penat sangat ni..nak tido sebab esok masuk kerja kul 7..kalau menyempat nanti aku kasi sinopsis aku sendiri...kalau rajin la kan =p

Sunday, October 16, 2011

Day 4, 5 n 6

Busy dengan kerja sampai kan tak menyempat nak update...sekarang ni memang busy sebab kitorang dah nak stock take, so aku kena tolong staf staf lain buat apa yang patut..lagipun minggu ni aku masuk kerja jam 7, malam memang tido awal...masa itu ada tapi bila badan kepenatan mood nak update memang hilang..


Semalam lepas tolong staf lain buat kerja aku ikut dorang pergi tengok bola kat kedai mamak...seronok wei tengok bola ramai-ramai..biasa kat rumah ni akak akak tak layan bola, so aku sesorang je la tengok..tak best...tapi bila tengok reramai memang syok gitu...semalam kan liverpool vs MU...aku sokong liverpool...first gol liverpool yang score, wah memang happy tapi minit 81 MU plak score...terdiam kejap sebab ingatkan liverpool akan menang game semalam...tapi xpe, dorang seri je atleast dpt 1 point...erk, btol la kan 1 point...aku xpandai sgt bab2 cenggini yang aku taw tengok dorang main je...hahaha


Owh, arini ni aku off..biasa dok rumah je tapi arini ada plan...nak pergi tonton wayang..huhu...dah lama tak jejakkan kaki ke panggung wayang...tak pasti nak tengok cerita apa tapi kawan aku nak tengok cerita The Thing...best ke wei cerita tu??kena tengok dulu la baru taw best ke tak...okey la, jumpa lagi malam nanti, itupun kalau aku sempat mengupdate blog..see u guys =)


Wednesday, October 12, 2011

Day 3: Kekeliruan







Susahkan bila tak boleh nak tetapkan hati ni pada yang itu je...
Mungkin sebab ada banyak pilihan itu yang susahnye...
Bukan la nak memilih ke apa...
Tapi kalau boleh nak dapatkan yang terbaik...
Maklum la sesuatu yang bukan boleh dibuat main-main...
Takkan nak pilih membabi buta pulak kan...
Hanya mampu berdoa dan berharap agar pilihan yang dibuat itu tepat, InsyaAllah...

Tuesday, October 11, 2011

Day 2 : Kerja semata =p

Assalamualaikum

Harini dilalui macam biasa...tapi kat opis tadi agak bengang dengan sorang minah yang bajet bagus la sangat...serius bengang tahap gaban dah tadi...sampai kan aku dok sumpah seranah dia sorg2...haha..jahat okey tapi tu je la yang mampu..lepas sumpah seranah tu baru teringat untuk beristigfar redakan hati yang nak marah ni...adoi...minah ni mmg suka mengspoilkan mood aku je...lempang kan baru taw...haha bajet berani je la kan...staf-staf lain pulak sibuk doh suruh aku pergi apply mintak jadi MT aka management traineer kat HQ..sampaikan ada yang nak tolong bawak pergi HQ jumpa HR kat situ...I'Allah ada masa nanti aku pergi la jumpa orang berkenaan mintak tukar jadi MT plak...dorang ni mesti taknak aku blah dari Giant...huhu..yela kan, kalo dapat jadi MT gaji bleh tahan tu...bile gaji ok mesti aku kerja lama kat Giant..heeee=p

Sejak kerja ni aku jarang amek berat pasal makan minum...nak kata aku ni workaholic (bantai je eja perkataan ni...huu) tak la jugak tapi biasanya aku akan siapkan kerja aku dulu before keluar makan...kalau tika kerja bertimbun  memang tak sempat makan la aku...kekadang sampai kena paksa dengan opismate suruh pergi makan...hehe..tapi bila kerja tak banyak and punya banyak masa lapang, haa time ni memang bantai makanan je kerja nya...perut asek lapar je..haha...macam macam la kan yang dilalui...


Monday, October 10, 2011

Day 1

Assalamualaikum...

Okey, seperti yang dijanjikan pagi tadi, malam ni bermulanya hari pertama Misi 30 Hari..Untuk first day ni aku rasa lebih baik aku bagi mukadimah je dulu yakni serba sedikit tentang kelangsungan hidup aku buat masa ni...Yela kan, dah lama tak berkongsi cerita dengan korang kalo hari pertama ni aku terus cerita je mesti korang tertanya-tanya pulak..So untuk tidak menyusahkan korang dan untuk menyenangkan aku tak salah kiranya aku ceritakan serba sedikit dahulu tentang apa yang aku buat masa kini..

Mula mula meh la aku ceritakan tentang karier aku sekarang (mak aih, karier la sangat kan...=P)..Untuk pengetahuan korang aku kan dah tak bergelar pelajar, baru je lepas graduate bulan lepas..Sekarang ni musim aku mencari kerja..Tapi buat masa sekarang aku kerja dekat opis Giant Hypermarket Shah Alam Stadium (kalau free mai la melawat aku kat sini ye) as IT Receiving Clerk..Kerja takde klass sangat tapi aku suka dengan kerja ni sebab banyak main dengan nombor..huhu..Aku kan memang suka nombor..Dah sebulan aku kerja kat sini..Suasana kerja pun boleh tahan..Staf-staf lain pun best..Kalau kat department aku ni kitorang tak ramai pun tapi staf dari department lain suka benor melepak kat opis kitorang..Kiranya opis kitorang ni jadi tempat lepak la jugak..Hehehe...

Cukup pasal karier, so seterusnya nak bercerita pasal apa ye?Hurmmm....percintaan??Hahahahahaaha...Ok maaf, aku gelak dulu la sebab bagi aku buat masa sekarang ni rasanye aku masih single and available..Seriously walaupun dengan umur sekarang ni aku masih belom dapat memikirkan tentang masa hadapan cinta aku...Hahaha, agaknya belum masanya lagi..Kan aku dah tetap umur untuk nikah paling awal pun 25 tahun tapi kalau jodoh dah sampai awak aku terima je...Hekhekhekhek =P

Rasanye cukup sampai sini la dulu ye...I"Allah kalau ada kesempatan aku sambung lagi esok..Selamat Malam..Assalamualaikum









love,
QF


Misi 30 Hari

Assalamualaikum...
Selamat Pagi sayangku sekalian =p

aku tengah menonton cerita 30 hari mengenali cinta kat astro ria...
tetiba terpikir la plak...
sekarang ni kan kemalasan aku untuk update blog berada di tahap maximum so aku terpikir kalo aku buat satu benda iaitu misi 30 hari yakni tiap tiap hari selama sebulan ni aku akan update blog tak kesah la pasal apa yang penting blog terupdate...
hurm...minta-minta bukan hangat-hangat taik lembu la kan...hahaha
mana la taw bila dalam sebulan ni aku mampu update blog tiap-tiap hari, mungkin lepas ni aku akan makin rajin update kan...
okey, aku mulakan misi ni hari ni tapi entri ni tak kira la...
mungkin aku mulakan misi ni malam ni...
so, see u guys soon...
nak bersiap pergi kerja plak...
tata
*_*










with love,
quzie

Saturday, October 1, 2011

hey uols!!




Aku dah open my blog to everyone...malaih eh nak private2...bukan bermakna aku dah rajin nak update tp kesian kat sape2 yang nak baca blog aku yang tak seberapa ni...kesian kat stalker2 yang nak taw pasal perkembangan aku kan (perasan okey...)...nway, sekarang ni dah banyak benda yang berlaku dalam hidup aku..ada masa and kerajinan aku cerita la ek..ok, see uolls next time...

Assalamualaikum


Thursday, September 29, 2011

Sunday, September 11, 2011

konvo dah dekat....

Sekarang ni hari hari kot dok bercerita pasal konvokesyen...huhu
22/09/11 aku akan berkonvokesyen kat USM penang...
tak sabar nak jumpa coursemate...
mesti banyak cerita nanti kan...
owh, aku tengah pikir nak pakai baju apa...
kalo nak senang sarung je baju kurung nanti...
kasut je kena beli baru kot...hehe
kasut yang ada sekarang mcm xlepas je nak wat konvo...
nnt xpasal2 xleh nek pentas amek skrol...huhu

>_<

Sunday, August 7, 2011

WOW!!!sebulan tuuuu...

Assalamualaikum...

Belum terlambat untuk aku wish selamat berpuasa kat korang kan...heee =)
Ok, SELAMAT BERPUASA ye...

Hari ni tetiba rajin nak login blog, and alang2 menyeluk pekasam biar smpai ke pangkal lengan (bak kata orang la) so aku kerah jejariruncing aku ni tekan keyboard kat lappy ni sambil memerah minda untuk cari idea apa yang boleh aku kongsi dengan korang...bila dah lama tak update blog (SEBULAN tuu) memang  terasa lain...nak bina ayat pun kena pikir banyak kali...

#

#
#
#
#


#
#
#
#


OWH, TAKDE IDEA wei!!!!

#
#
#
#
#
#
#
#
#
Hurm, meh la aku share sikit pasal kisah cinta hidup aku, tentang apa yang aku buat sekarang ni...bila dok kat kampung ni aku just tolong mak aku kat kedai je...bulan puasa ni memang agak busy...tolong mak aku memasak dan meniaga kat kedai...kekadang sehari suntuk kat kedai, dari pagi ke malam..owh, pagi tu tolong mak aku memasak sebab kami menjual juadah berbuka (bukan jual nasi makan tengahari ye =p)...petang dalam pukul 3 lebih dah start meniaga sampai kul 6 camtu...malam plak kami menjual colek, bermacam jenis colek ada [kalo ada org kampung aku yang baca blog ni bleh la datang beramai2 ke kedai mak aku tapi lepas terawih la ye]...

gambar terbaru yg telah diedit bagi nampak flawless je muka tu =p

Saturday, July 9, 2011

Rutin baru

Assalamualaikum..
dalam masa seminggu nnt akan bermula rutin baru..
kena bangun awal pagi..
dah xbleh hidup mcm skang ni..
harap mampu bertahan..
[ish, anak dara mna bleh tido smpai matahari tegak atas kpala kn..hehe}



p/s: broadband dah lingkup, susah nak online hari2...=)

Sunday, June 19, 2011

Ketagih okey=p

Assalamualaikum...

Haipp, korang jangan pikir yang bukan-bukan plaknye..
Aku bukannya ketagih benda yang tak elok..
Tapi aku ketagih nak derma darah..
Kalo boleh la kan, tiap-tiap bulan rasa nak g derma darah...huhu
Tapi disebabkan dah ada syarat yang diletakkan yaitu kau hanya boleh derma darah at least 2bulan/8minggu lepas hari last kau derma itupun kalau HB kau cukup...
Owh, ini pun aku baru tahu je..
Sebab kalau dulu kena tunggu 3bulan baru boleh derma darah balik..
Yang ni pun akak nurse yang bagitahu time aku derma darah bulan tiga hari tu...
Tadi time lunch dengan kawan tetibe terlintas kat kepala ni nak g derma darah...
Pastu bila check kat buku merah (sijil derma darah), hari last aku derma 30 Mac 2011..
Lepas kira-kira, sekarang dah 2bulan lebih..
So, kemungkinan HB aku cukup untuk derma darah..
Habes je lunch aku jalan sesorang g unit tranfusi untuk jalankan misi derma darah tu..
Biasa derma darah ramai-ramai dengan coursemate tapi kitorg kan dah abes blajar kat sini, so dorang sume dah balik..
Terpaksa lah aku pergi sorang-sorang je..
Unit transfusi hari ni penuh..
Bak kata akak nurse kat situ, rezeki murah harini..
Yela kan, biasa tak ramai sangat yang derma darah..
Mungkin makin ramai yang sedar kebaikan derma darah ni..
Selain bleh tolong orang, badan kita pun makin sihat sebab darah yang baru diproduce dalam badan ni...
Tentang mitos yang cakap derma darah boleh sebabkan kita gemuk tu bagi aku salah..
Aku ni start derma darah dari tahun 2008 dan kali ni kali ke-6 aku derma..
Setakat ni aku rasa badan aku okey je..
Takde la gemuk ke apa..
Orang lain tu aku tak taw la..
Awal2 lepas derma darah ni memang nafsu makan tinggi sikit tapi pepandai la kan control..
Jangan plak g hadap makanan sampai boleh undang kemudaratan kat badan kita ni plak...hee=)
Okey, berbalik pada hal derma darah ni..
Nasib baik HB aku cukup untuk derma darah tapi masih lagi dikira rendah, 12.1 je..
Tadi time derma aku ada cakap kat nurse yang aku tak suka sangat makan iron yang dorang kasi tu..
Besenye aku makan untuk 3,4 hari je pastu terus stop..
Nyesal je aku cakap kat nurse tu sebab kendiannye dia bebel kat aku..
Dia cakap, aku ni dah la kurus, HB pun rendah so kenalah makan iron yang dorang kasi tu..nanti jadi pape susah plak lagipun muka aku memang pucat tadi lepas derma darah...
Aku hanya mampu sengih je la..hehe
Ok la nurse, nanti saya cuba pastikan saya habeskan iron yang nurse kasi tu ye..(bajet nurse tu baca blog ni je kan=P)
Eh korang, kalau korang rasa mampu derma darah jangan lah segan-segan g hospital yang berdekatan..
Setitis darah yang didermakan mungkin mampu menyelamatkan nyawa seseorang=)
Fikir-fikirkan dan selamat beramal!!
*_*


p/s: balik bilik tadi terasa pening2...rumate pun tegur muka pucat semacam je..
p/s/s: korang ada baca blog kaksol tak pasal senarai blog yang bakal dihack kat entri INI..blog aku pun tersenarai..adoi, apa kes blog hampeh macam ni pun nak hackkn...so, pada yang berkenaan korang tak payah la hack blog ni, xde pape yang best pun kat sini=) [aish, cuak jugak okey]


Saturday, June 18, 2011

Berhujan mencari makanan

Assalamualaikum

Hidup sebagai 'penanam anggur terhormat' bukan lah suatu pilihan yang bagus. Tapi kalau ini yang perlu dilakukan buat masa ni tiada yang mampu menghalang la kan. Eh, kerja berlambak nak atau tidak je. Buat masa ni memang tak boleh memilih kerja. Orang kata, awal-awal ni terima je la pape kerja tapi kerja yang halal la ye. Jangan la plak kau pilih kerja yang bukan-bukan. =)

Alhamdulillah, sekarang ni aku tak de la jadi 'penanam anggur terhormat' sepenuh masa. Sebabnya supervisor aku time aku buat FYP dulu tawarkan aku jadi RA (research assistant). So, aku ni bagai orang mengantuk disorongkan bantal terus la terima tawaran dia. Actually la kan, aku ni just sambung buat research yang aku buat untuk FYP aku dulu. Supervisor suruh aku tambah lagi sampel and combine dengan senior aku untuk siapkan jurnal. Tajuk FYP aku ni sama dengan senior aku yang lepas cuma beza jenis pistol je. Untuk jadikan jurnal lebih mantap, supervisor aku suruh gabung je sebab bila gabung sampel jadi banyak. Dan potensi jurnal untuk diterima oleh 'orang berkenaan' lebih tinggi. 

Tapi sekarang ni supervisor aku tu ada kat US, dia bercuti dua bulan. So, aku terkontang kanting la kat sini tapi nasib baik la ada senior aku tu. Dalam seminggu tu ada la dalam sekali dua dia datang lab. Disebabkan kami bergabung untuk siapkan jurnal ni, so kami dah bagikan tugas. Memasing dah ada tugas untuk disiapkan. Sebelum ni senior aku dah siapkan jurnal ni tapi tak diterima sebab sampel sikit. Jadi nya, tak banyak sangat yang kena buat untuk siapkan jurnal ni. Most of the things senior aku dah siapkan so aku just tambahkan kat result je. Kerja aku memang tak banyak tapi kan....aku masih perlu guna comparison microscope. Aduh, ini sebenarnya yang aku malas sebab dah rasa jemu je sebab time siapkan FYP dulu memang selalu sangat berkepit dengan microscope ni. Ingatkan nak clash je dengan microscope ni tapi demi kerja nak buat camne la kan. Terima je lah.

Kalau ada kerja mestilah ada gaji kan. Ada ke orang yang kerja tapi taknak gaji??Kalau ada pun itu bukan aku la ye..hehe..Bercakap pasal gaji ni kan, aku pun tak taw berapa yang akan dibayar sebab supervisor aku ni cakap, tiap kali datang lab tulis je tarikh hari tu dan nanti boleh claim dengan dia. Aku plak takde la tanya berapa dia bayar untuk satu hari. Segan seyh nak tanya. So, aku iyakan aje bila dia cakap macam tu. Kerja lab pun dah tak banyak skang ni sebab result yang nak guna semua dah ada. Cuma sekarang ni aku nak tangkap gambar sampel2 yang penting je. Tapi kan, walaupun takde lab work aku still datang lab tiap kali nak buat jurnal writing sebabnya nanti boleh claim..=p..lagipun kalau aku ada confuse tentang result ni aku boleh terus check sampel tu guna microscope. So, takde la nak delay ke apa sebabnya bila delay benda2 macam ni nanti aku lupa plak... (owh, alasan tu kau)

Fuh, penat bercerita tentang apa yang aku buat sekarang ni. Dah lama tak menulis panjang lebar kat blog ni. Hari ni bersemangat la plak. Owh, tajuk takde kena mengena dengan entri. Tadi nak cerita pasal benda lain tapi tercerita pasal hal lain plak. Xpe la, korang baca je ek...hehe

*ini gambar minggu lepas..saja nak kasi korang tengok, pipi aku makin berisi kan..ehehe*
*sape yang rasa rindu aku jangan plak tatap gambar ni lama-lama nanti terjatuh cinta la plak ye (eww, perasan kau yek)=p*




Thursday, June 16, 2011

Sunyi Sepi

Assalamualaikum...

Hampir dua minggu blog ni sunyi sepi je...
Yang ada pun entri wordless...
Tempek gambaq je...
Huh, apa kes la kan kalo tiap-tiap minggu letak satu entri wordless wednesday je...
Kompem bersawang tahap gaban blog ni...
Maaf la weh...
Bukan xnak update blog ni tapi aku memang malas nak update...
Mood blogging memang dah hilang...
Hilang bersama cinta kot...hahaha


Wednesday, June 8, 2011

Wordless Wednesday #2



Wednesday, May 25, 2011

Wordless Wednesday #1

Tuesday, May 24, 2011

I Stalk Your Profile (Acoustic) - Jazz Hayat & Aziz Harun





Wow...ur voice is awesome!!!
Ntah kali keberapa dah aku dok asek dengar lagu ni...
Lirik nye pun bleh tahan...
Hehe...Aku pun pernah je stalk profile org yg aku suka *_*
I stalk ur profile when i miss u =p


Monday, May 23, 2011

Waaaaaaaaaa....



Tajuk lagu : Opera #2
Penyanyi : Vitas


Lagu ni in Russian so aku memang tak paham apa yang dinyanyikan tapi aku suka suara penyanyi ni...Part yg high notes tu best....hehe

Ni lirik: Source HERE

Dom moj dostroen, no ya v nem odin,
Hlopnula dver' za spinoj.
Veter osennij stuchitsya v okno,
Plachet opyat' nado mnoj.

Noch'yu groza, a nautro tuman,
Solnce ostylo sovsem.
Davnie boli idut cheredoj,
Pust' sobirayutsya vse.

Dom moj dostroen, no ya v nem odin,
Hlopnula dver' za spinoj.
Veter osennij stuchitsya v okno,
Plachet opyat' nado mnoj.

E`to - sud'ba, a sud'bu ne mogu
Ya ni o chem prosit'.
Tol'ko ya znayu, kak posle menya
Stanut vetra golosit'.

Pa-ra-rum, pa-ra-rum,
Pa-ra-ru-raj-ru-ra-rum,
Pa-ra-rum, pa-ra-rum, raj-ra...


In English: Source HERE

My house has been built but I am alone here
The door banged behind my back
An autumn wind is knocking on the window
Crying over me all over again...
Thunderstorm at night and fog in the morning...
The sun has turned completely cold
Old pains are following one another
Let them all get together!

My house has been built but I am alone here

The door banged behind my back
An autumn wind is knocking on the window
Crying over me all over again...
This is Fate and I can't
Ask anything of Fate!
I just know how the winds
Will be wailing after I'm gone

Sunday, May 22, 2011

Apsal kau curi hati aku??!!

Kau lagi hensem dengan new haircut....
Berambut pendek buat kau nampak lagi kemas dan hensem...
Senyuman kau manis, aku suka!!!
Suara kau power bro, mantap!!
Aku tengok AF9 sebab kau dan Azri...
Korang berdua terbaek la!!!




Thursday, May 19, 2011

Perasaan ini harus ditinggalkan...

Assalamualaikum...
Kau sihat ke??
Maaf aku dah lama tak update blog...
Tak perlu aku cipta pelbagai alasan kenapa aku tak update blog..
Sememangnya MALAS adalah punca utama...
Apa mampu aku buat kalau perasaan MALAS menguasai diri...
Tika ini aku rajinkan diri untuk update...
Tak sampai hati melihat blog ini bersawang...
Kata sayang kat blog, so perasaan sayang perlu jugak ditunjukkan...heee=p

Apa yang harus aku ceritakan di sini??
Tiada apa yang menarik...
Cuma kau harus taw yang aku sekarang bukan lagi pelajar di USM terchenta...
Owh, status aku diFB juga harus ditukar...
Buat apa meletakkan status sebagai pelajar sedangkan aku sekarang bukan lagi PELAJAR...
Tapi apakah perlu aku gantikan status itu dengan PENGANGUR??...
Aish, boleh tak aku kembali menjadi pelajar??
Semestinya boleh kan...hehe=)

Banyak benda yang berlingkar di fikiran...
Perancangan sepanjang bergelar penganggur tatkala menantikan kemunculan kerja...
Tak butuh rasanya mahu terus memegang status ini...
Aku harus usaha dan terus usaha mencari kerja...
Ya, ini yang harus aku lakukan...
Aku juga punya idea...
Mahu bukak bisnes...
Buat permulaan mungkin bisnes sekadar kecil-kecilan...
Aku tak punya modal besar tapi akan aku cuba yang termampu...
Mohon agar apa yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkanNya...
Kau doakan aku ye=)

[InsyaAllah, perkembangan aku dari semasa ke semasa akan aku update di sini...
Perasaan MALAS ini perlu aku ditinggalkan...
Blog ini harus terus diBAJA dengan entri baru...]





Wednesday, May 11, 2011

Cubaan Pertama

Assalamualaikum..
Ini update adalah secara laju-laju...

Baru pulang dari gambang, percutian yang menyeronokkan bersama kawan-kawan...
Tapi entri ini bukan nak bercerita tentang percutian...
Tapi tentang ini...

Ini namanya bakul suratkhabar lama...
Dua bakul diatas adalah hasil buatan Wali dan Terk..
Dua-dua laki dan dorang punya bakat terpendam...
Boleh tahan hasil kerja dorang...

Dan ini hasil buatan aku...
Percubaan pertama, dan hasilnya tidak mengecewakan...


Sebelah kanan tu bakul yang Wali buat, kiut katanya...hahaha
Dulu, beberapa tahun yang lalu aku pernah cuba buat bakul ni tapi gagal sebab aku tak pandai nak gulung suratkhabar...
Tapi kali ni berjaya hasilkan bakul ni sebab guna suratkhabar yang sudah digulung...
Hanya perlu cantumkan ia menjadi bakul..huhu

Kisahnya begini...
Dalam perjalanan ke Gambang, kami singgah ke rumah makcik kepada kawan kami (Dhil) coz nak amek spupu dia...
Makcik ni kami panggil mak teh...
Waktu kami kat rumah dia, tika berborak kosong makteh kuarkan bakul yang belum siap untuk disudahkan..
Memula aku cam tak berminat nak tengok dia buat bakul ni...
Tapi sementara nak tunggu anak makteh bersiap, aku tnya lah sikit2 kat makteh ni cemana nak buat bakul tu..
Lagipun sebelum ni aku pernah try nak buat tapi tak jadi...
Alang2 dah tanya, makteh ajaklah aku blaja buat bakul ni...
Nampak macam rumit je tengok dia anyam suratkhabar tu jadi bakul..
Dan memang rumit la jugak...
Dari tengok je aku amek lah beberapa batang suratkhabar yang dah digulung...
Memula belajar nak buat tapak je...
Memang amek masa lah nak buat tapak bakul tu...
Bila tapak dah menjadi, semangat la plak nak siapkan bakul tu...
Alih-alih memang leka la dok menganyam bakul ni...
Menganyam sampai suratkhabar tu berbentuk bakul...
Sangat seronok buat bakul ni...
Tambah2 bila buat dengan kengkawan...
Kami (aku, wali nga terk) berlumba2 nak siapkan bakul ni...
Memasing dok bandingkan bentuk bakul memasing...
Bermacam bentuk ada...
Ada yang segiempat (terk), bulat (wali nga aku tapi bakul wali kecik n cute sikit dari bakul aku)...
Ada jugak yang tak mampu nak siapkan bakul...
Dorang buat separuh jalan je..huhu
Tapi at least dorang belajar la jugak cara nak buat bakul ni...
Dan kami stay kat umah makteh sampailah kami berjaya siapkan bakul ni...
Kami sampai dalam kul 7 lebih dan bakul berjaya disiapkan dalam kul 12 kot...
Dalam 3 jam gak nak siapkan satu bakul tu tapi puas hati la..
Sebab ini kali pertama kami buat dan bakul berjaya dihasilkan...
Lepas ni, sementara dapat kerja, bleh la aku belajar buat bakul lagi..
Boleh dijadikan hobi..
Lagipun, kos buat bakul ni tak tinggi..
Just perlukan suratkhabar, gam, gunting, lidi...
Kalau nak mencantikkan lagi bakul ni, boleh guna cat...
Dan kalau kreatif, mungkin boleh lukis-lukis kat bakul ni..
Untuk menampakkan lebih menarik...
So, pada yang bakal menganggur macam aku ni apakata korang try belajar buat bakul ni kalau berminat la...
Siapa tahu, mungkin korang bleh jual bakul ni..
Bleh dijadikan income sementara dapat kerja tetap kan...




Friday, May 6, 2011

Strangers, again

Monday, May 2, 2011

Maaf pada yang terkena......

Assalamualaikum...

Entri untuk minta maaf pada sesapa yang dah terkena tipu...
Sebenarnya game pasal kalkulator cinta tu tipu tipu je...
Pada yang join game tu mesti taw kenapa anda tertipu...
Pada yang tak join, nak taw kenapa ditipu???
So, anda kena join la game tu...ada beranikah???
Hahahaha...
Pada korang yang tertipu tu, jangan risau rahsia korang selamat dengan aku...
Dan aku harap korang jangan la plak simpan perasaan marah korang lama-lama...
Aku bergurau je ye...
Peace no War =))

Gambar: Bila usia meningkat, metabolisme pun semakin perlahan kn??



Saturday, April 30, 2011

bercakap pasal cinta.....ke???

Assalamualaikum...

Cinta tak dapat diukur...
Cinta mana mungkin boleh disamakan dengan lautan...
............................
.......................
......................
.................
otak blur, tak mampu nak bermadah pujangga...hehehe (ketawa sopan)

Kat sekolah dulu korang pernah main satu game ni tak...
Bukan la game apa pun, yang kira percentage cinta/keserasian tu...
Camni, kita tulis nama kita dengan orang yang kita suka pastu kita potong dan kira satu satu huruf yang sama...
jumlah huruf yang ada tu kita tulis then kita tambah nombor depan and belakang...
sampai lah tinggal dua nombor je...
and yang tu dikira nilai cinta kita kat orang yang kita suka...
xpun boleh dikira percentage keserasian antara kita dengan orang yang kita suka ni...
haaa, korang paham dop apa yang aku dok bebel ni???
Mesti korang pun pernah main kan benda ni...
Best wei, seronok apa main game ni...

Sekarang ni pun kat internet dah ada game yang lebih kurang camni...
Aku dah try...
Bleh tahan...
Benda ni bukannya betol pun tapi sekadar nak hilangkan bosan tak salah kalo korang cuba...
Lagipun senang je caranya...
Kalo berminat nak try, korang klik link kat bawah ni...


Aku dah translatekan nama game ni pada bm...hehe
Selamat mencuba=)




Wednesday, April 27, 2011

Ini hanya gambar semata...

Assalamualaikum...

Kita kasi gambar dulu then kedian baru citer ye...
Kalau rajin cer cari mana satu aku...huahehehe





Esok last paper...
Dan mungkin last exam sebagai student...
InsyaAllah, blog kembali meriah selepas ni...
Hehe..Saje nak bajet busy study padahal apa la sangat kan...
Sekarang ni berada dalam dilema, samada nak ikut famili ke johor atau tidak...
Dorang ke sana nak hantar adik aku sebab dia dpt kerja kat sana...
Hari tu aku ada bagitahu yang aku nak ikut tapi bila dipikirkan keadaan sekarang ni; dengan presentation pada 4/5, mungkin tak boleh ikut sebab nak kena prepare slide show dan masih ada 'lab work' yang harus diselesaikan...
Ok, sekian saja..

p/s: kata gambar je kan tapi tangan ni sibuk jugak nak menaip...hehe...jumpa next entri, InsyaAllah..

Thanks menyinggah=)


Saturday, April 23, 2011

Gambar Pertunangan Ashraf Muslim

Assalamualaikum...

Hari ni Ashraf Muslim dah selamat bertunang dengan Noor Dayana...
Kecewakah aku??
Ish, mana ada kan...
Aku tak da la minat sangat kat Ashraf...=P
Pada korang yang kat luar sana yang memang fanatik dengan Ashraf, sama2 kita doakan kebahagian mereka...
Moga pertunangan mereka berakhir ke jinjang pelamin dan masjid yang bakal di bina berkekalan hingga akhir hayat...amin=)

*Ashraf dan tunangnya...pic credit to here*






Friday, April 22, 2011

Header baru lagi....

Assalamualaiku...

Dapat header baru lagi...
Suka suka suka...
Thanks to Lea sebab sudi lapangkan masa buatkan header..
Santek=)



p/s: nak story mory pasal bday celebration tapi not in mood yet..huhu...tggu gambar dari kawan and tunggu semua kerja dah settle..draft fyp kena submit dis sunday tapi dah mintak extend 2 hari, diluluskan...hehe...so far, sume dah siap kot and mybe bleh submit on time...got 2 papers next week, Forensic Medicine and Forensic Psychology...wish me a luck!!!=)


Wednesday, April 20, 2011

saya KUAT macam BADANG


tapi sekuat mana pun saya, bila stress yang hebat melanda...
hanya mampu menitikkn air mata yang sangat berharga ini...
hanya mampu berdoa memohon padaNya...
moga diberi kekuatan dan ketabahan...
agar saya bisa sudahkan apa yang saya mulakan...
agar saya bisa tempuhi dugaan dan masalah yang melanda...
agar saya mampu laksanakan tanggungjawab yang saya pikul...

~oit, apa kes menanges di hari lahir...its ur birthday, so enjoy la babe~

*mata berair sbb hiris bawang ler*



KEKASIH di Hari Lahir...

Assalamualaikum...


Terima kasih pada semua yang sudi wish birthday...
Tak kira kat FB, nset dan jugak blog...
Terasa diri dihargai...(muahaha)
Ok, noktah...
Saya blur tak tahu nak taip apa kat entri ni...
Jumpa next entri...



p/s: pd yang sudi follow blog ni terima kasih banyak2...sebarang tunjuk ajar utk tingkatkan kualiti dialukan...*saya budak baru belajar*
p/s/s: semalam ke rantau panjang, rembat baju untuk ma dan abah di kampung...mungkin esok pos...hadiah yg tak seberapa dari saya utk mereka kerana telah banyak bersusah payah dalam membesar, menjaga dan mendidik saya...sayang mereka ketat-ketat=)
p/s/s: berapa banyak p/s ler....ok ni yg last...fyp sudah hampir siap...yippie=p

*Owh, dimana kekasihku???ehehe*